Iklan Kontroversi Tidak Jejaskan Hubungan Malaysia-Indonesia: Duta

Diterbitkan: Jumaat, 6 Februari 2015 8:20 AM

Zahrain Mohamed Hashim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sepanduk iklan kontroversi sebuah firma yang memaparkan sebuah robot pembersih vakum yang menggesa pelanggan untuk memecat pembantu rumah warga Indonesia tidak sama sekali mencerminkan sentimen awam di Malaysia, kata Duta Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Malah Zahrain berkata beliau yakin iklan tersebut yang menjadi viral dua hari sebelum ketibaan Presiden Indonesia Joko Widodo ke Malaysia tidak akan menjejaskan hubungan dua hala kedua-dua negara ini.

"Kita perlu menghargai pembantu rumah warga Indonesia, jadi tiada sebab mengapa rakyat Malaysia memandang remeh atau memperkecilkan mereka.

"Saya percaya bahawa ini adalah pandangan hampir semua rakyat di Malaysia dan kami menganggap iklan tersebut sebagai citarasa yang teruk," katanya ketika dihubungi.

Iklan tersebut menunjukkan seorang lelaki duduk di atas sofa yang tertera perkataan: 'Pecat pembantu rumah warga Indonesia anda sekarang!' dengan perkataan Indonesia itu digariskan untuk kelihatan lebih jelas.

Seorang warga Indonesia dilaporkan mengesan sepanduk tersebut pada Selasa dan memuat naik gambar tersebut secara dalam talian.

Pemimpin Indonesia termasuk Naib Presiden, Jusuf Kalla dan Menteri Tenaga Kerja, M. Hanif Dhakiri, antara yang dilaporkan kecewa dengan iklan tersebut.

Zahrain berkata Indonesia telah mengeluarkan nota diplomatik untuk membantah iklan tersebut tetapi Malaysia percaya indisen itu adalah kes terpencil.

Katanya, kemunculan iklan tersebut amat menghairankan kerana ia tiba-tiba menjadi viral menjelang ketibaan Presiden Indonesia ke Malaysia.

Sebuah stesen televisyen Indonesia, Metro TV memetik Kementerian Luar Indonesia sebagai berkata pada Khamis bahawa pihaknya telah dimaklumkan bahawa sepanduk iklan itu telah dipadamkan dari laman web syarikat tersebut.

Jurucakap kementerian itu, Arrmanatha Nasir berkata:'Kami seterusnya dimaklumkan bahawa syarikat itu perlu mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dalam tiga akhbar di Malaysia, jika gagal, tindakan undang-undang akan diambil.'

Syarikat tersebut dilaporkan telah ditutup selepas indisen itu.

Panggilan telefon ke syarikat tersebut juga tidak berjawab.

Laman web syarikat tersebut nampaknya digodam pada Khamis.

Insiden yang sama turut berlaku pada 2012 susulan penemuan sekeping risalah kononnya mengiklankan pembantu rumah warga Indonesia 'untuk dijual'.

Risalah bersaiz A4 itu ditemui di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur menjadi isu hangat apabila ia ditulis dalam laman Twitter seorang warga Indonesia dan dilaporkan oleh sebuah stesen TV Indonesia.

Duta Malaysia ke Indonesia pada waktu itu, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan telah dipanggil oleh Kementerian Luar Indonesia di mana beliau menjelaskan risalah tersebut adalah iklan haram.

Syed Munshe Afdzaruddin turut menjelaskan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengambil tindakan terhadap pelakunya dan menjalankan operasi rutin untuk menanggalkan dan merampas poster haram tetapi masih ada beberapa iklan yang tertinggal secara tidak sengaja.




Tags / Kata Kunci: Zahrain Mohamed Hashim , Indonesia , iklan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan