Tambang Bas Sekolah: Ibu Bapa Terpaksa Akur

Diterbitkan: Jumaat, 6 Februari 2015 3:38 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Kelantan, Wan Mohd Nuhairi Wan Hamat memberitahu, ibu bapa terpaksa akur dengan kenaikan tambang sebanyak 10 peratus yang dikenakan bagi memastikan perjalanan pergi dan balik anak mereka ke sekolah tidak tergendala.

Beliau berkata, walaupun pada awalnya mereka terkejut dengan kenaikan tersebut, tetapi akhirnya ibu bapa terbabit memahami masalah yang dihadapi pengusaha bas pada hari ini.

"Apabila kami maklumkan mengenai kenaikan ini, memang mereka terkejut. Tapi selepas mendengar penjelasan kami mengenai pelbagai kos yang perlu ditanggung, mereka faham.

"Walaupun agak berat bagi mereka tapi akhirnya mereka terpaksa akur dengan kenaikan itu. Mereka juga ibu bapa yang bekerja dan turut merasai peningkatan kos sara hidup pada hari ini," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Walaupun ada segelintir ibu bapa yang mempertikaikan kenaikan tambang tersebut berikutan kejatuhan harga minyak, Wan Mohd Nuhairi berkata, faktor tersebut tidak membantu pengusaha mengurangkan bebanan kos operasi dan alat ganti kenderaan yang meningkat 100 peratus.

"Sekarang harga minyak ditentukan mengikut pasaran dunia, bulan ini mungkin rendah tapi bulan-bulan berikutnya kita tak tahu lagi. Sekarang pun kita hanya menerima subsidi 18 sen seliter, masih belum cukup untuk menampung peningkatan pelbagai kos pada hari ini," katanya.

Tambah Wan Mohd Nuhairi, beliau terpaksa menaikkan tambang kepada RM55 berkuatkuasa awal tahun ini untuk perjalanan dari Jelawat ke Kota Baru, kenaikan sebanyak 10 peratus berbanding harga asal RM50 pada tahun lalu.

Katanya, kenaikan itu wajar dilakukan selepas tambang bas tidak pernah dinaikkan sejak lima tahun lalu.

"Bukan kami naikkan tambang secara suka-suka tapi ia satu keperluan bagi menampung kerugian yang ditanggung akibat peningkatan kos operasi sejak 2012," katanya pihaknya juga bertolak ansur dengan ibu bapa dalam hal pembayaran.

"Ada ibu bapa yang tiga anak mereka menaiki bas sekolah saya minta untuk dahulukan sedikit bayaran pada awal bulan dan menyelesaikan bakinya sebelum hujung bulan. Kami masih lagi bertolak ansur sebab kita pun faham masalah mereka," katanya.

Justeru beliau berkata, pengusaha bas di Kelantan tetap dengan pendirian untuk tidak menurunkan kadar tambang seperti yang didesak segelintir pihak.

"Tambang tetap naik kerana soal penurunan harga minyak tiada kaitan dengan pengusaha bas sekolah. Semua pihak tidak harus menyalahkan kami kerana harga alat ganti kereta turut naik walaupun harga minyak sudah turun," katanya.

Terdahulu, Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd  Roslan Mahayudin meminta pengusaha bas sekolah agar menurunkan segera kadar tambang selaras dengan penurunan harga runcit petrol dan diesel.

Mulai 1 Januari lalu, harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 diturunkan sebanyak 35 sen, masing-masing kepada RM1.91 seliter dan RM2.11 seliter, manakala harga runcit bagi diesel pula diturunkan sebanyak 30 sen kepada RM1.93 seliter.

Baru-baru ini, Presiden Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM), Amali Munif Rahmat berkata, terdapat pengusaha bas sekolah yang menaikkan tambang sebanyak lima hingga 20 peratus berkuatkuasa awal tahun ini.






Tags / Kata Kunci: tambang , bas sekolah , Kelantan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan