Hadi Akan Hadir Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat - Mat Sabu

Diterbitkan: Jumaat, 6 Februari 2015 2:46 PM

Abdul Hadi Awang.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan kehadirannya pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Ahad ini, kata Timbalannya, Mohamad Sabu.

Mohamad berkata, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberi jaminan berhubung kehadiran Abdul Hadi.

"Kami faham beliau akan menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di sebelah pagi dan beliau akan berada di situ sehingga mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat pada sebelah petang.

"Kalau orang Islam kata, Insya-Allah kerana anda tidak tahu apa yang akan berlaku hari itu. Sekiranya saya jatuh sakit pada hari itu, mungkin saya tidak akan hadir," katanya dalam nada berseloroh.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ditangguhkan selama beberapa bulan berikutan krisis Menteri Besar di Selangor.

Pada Khamis, DAP berkata mesyuarat itu tidak akan diteruskan tanpa kehadiran Abdul Hadi.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata ia adalah keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa eksekutif pusat parti itu.

Tags / Kata Kunci: Abdul Hadi Awang , PAS , DAP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan