Kit Siang Boleh Lupakan Tentang Tweet Perkauman - Syed Akbar

Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2015 8:32 PM

Lim Kit Siang

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syed Akbar Ali, menerusi satu posting di blog OutSyed The Box telah memberitahu veteran DAP Lim Kit Siang bahawa beliau kini boleh melupakan tentang 'Syed Akbar' yang dikatakan 'salah' kerana menulis tweet perkauman bersifat provokatif tentang dirinya.

Kit Siang, pada Rabu berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menyaman Syed Akbar kerana didakwa menyiarkan 'tweet' fitnah yang secara tersirat menyatakan Kit Siang telah menggerakkan sentimen perkauman.

"Saya telah mengarahkan peguam saya untuk memulakan prosiding jenayah dan sivil terhadap blogger Umno Syed Akhbar Ali untuk tweet fitnah beliau lewat malam Rabu yang membayangkan bahawa saya adalah seorang komunis dan rasis yang anti-Melayu yang menyebabkan rusuhan kaum pada 13 Mei," kata Kit Siang.

Dalam jawapannya kepada Kit Siang, Syed Akbar menafikan menyiarkan twet dengan mesej tersebut, sambil menjelaskan bahawa beliau tidak aktif di laman 'microblogging'.

"Ke hadapan Mr Lim, saya sudah lama membuka akaun Twitter tetapi saya tidak pernah menggunakannya sama sekali. Tidak pernah walaupun sekali. Saya tidak menggunakan Twitter. Jika satu kata laluan diperlukan untuk saya mengakses akaun Twitter saya, saya juga telah lama melupakannya, " kata Syed Akbar dalam blognya.

"Cukuplah saya menyatakan bahawa saya tidak pernah membuat sebarang tweet mengenai anda. Noktah. Saya fikir sama ada seseorang telah mencipta satu akaun palsu yang menggunakan nama saya, menggodam akaun Twitter saya yang tidak aktif, diklon atau apa sahaja dan kemudian mengunakannya untuk menyatakan semua perkara itu mengenai anda," katanya.

"Anda mungkin ingin melanjutkan perkara ini lagi tetapi saya tidak terlibat dalam apa-apa cara," katanya.

Dalam posting blognya, Kit Siang berkata tweet tersebut memeparkan imej 'superimpose' beliau dengan pakaian seorang pemimpin Komunis China, Mao Zedong.

Kit Siang berkata, tweet tersebut secara tersirat menyatakan bahawa beliau adalah seorang komunis dan anti-perkauman Melayu yang mencetuskan rusuhan pada 13 Mei.

Tags / Kata Kunci: Syed Akbar Ali , Lim Kit Siang , perkauman

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan