Tidak Perlu Pengganti, Saya Yakin Bebas - Anwar

Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2015 2:05 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat tidak perlu membincangkan soal penggantinya kerana beliau yakin akan dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya pada 10 Februari ini.

Malah, Anwar berkata, rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut menolak untuk membincangkan soal pengganti ketua pembangkang.

"Penting untuk rakyat ketahui bahawa Pakatan Rakyat adalah satu gabungan. Oleh itu isu siapa ketua Pakatan boleh diselesaikan secara baik.

"Guan Eng pernah tanya kenapa cari pengganti... jadi kita patut menjangkakan yang terbaik. Perjuangan harus diteruskan dan saya akan kekal. Insyallah," katanya selepas merasmikan pelancaran Buku Dr Syed Husin Ali bertajuk 'Hubungan Etnik Di Malaysia' di sini, Khamis.

Kedudukan Anwar sebagai ahli politik masih samar memandangkan keputusan rayuan terakhir beliau terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas akan diketahui 10 Februari ini.

Sekiranya gagal dalam rayuannya, Anwar akan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen sebagaimana termaktub dalam Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan seseorang ahli Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika dijatuhkan hukuman penjara lebih dari setahun atau denda lebih daripada RM2,000.

Ketika ditanya mengenai keyakinan beliau mengenai keputusan perbicaraan tersebut, Anwar sekali lagi mengulangi pendirian bahawa beliau yakin dibebaskan berdasarkan undang-undang dan keterangan saksi serta fakta.

"Ini juga pandangan panel peguam saya Gopal Sri Ram (dibebaskan) ... tak ada ruang sama sekali sabitkan saya dalam kes tersebut.

"Mahkamah Persekutuan sekarang berbeza dengan pengalaman 16 tahun lalu sebab bagi ruang sepenuhnya kepada pasukan peguam untuk menyatakan hujah," katanya.

Bagaimanapun sekiranya beliau dipenjarakan, Anwar berkata hal itu diluar jangkaannya.

"Kalau saya dibebaskan mahkamah bebas, jika saya masuk penjara ini bermaksud mahkamah tidak bebas," katanya.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , PKR , Liwat

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan