Masyarakat Hindu Puji PM Kerana Sertai Sambutan Thaipusam - Negarawan

Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2015 11:34 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak (empat dari kiri) bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor (tiga dari kanan) ketika menyertai sambutan Thaipusam baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Masyarakat penganut Hindu memuji Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyertai sambutan Thaipusamdi kuil Batu Caves dekat Kuala Lumpur, Selasa lepas.

Sambil mengalu-alukan lawatan itu, negarawan Hindu, Rajan Zed, dalam satu kenyataan di Nevada (Amerika Syarikat) pada Khamis, menyifatkannya sebagai 'langkah ke arah yang betul'.

Kunjungan tersebut menghantar mesej mengenai keterangkuman dan keharmonian dalam masyarakat Malaysia.

Rajan, yang juga Presiden Persatuan Hindu Sejagat, menggesa Najib untuk melakukan lebih untuk masyarakat minoriti India di Malaysia supaya mereka tidak berasa terpinggir dalam kerancakan ekonomi Asia Tenggara dan mendapat manfaat daripada pertumbuhan industri selama beberapa dekad.

Sambil berkata masyarakat India telah menyumbang besar kepada pembangunan dan membangunkan Malaysia, Rajan menegaskan tentang perlunya memperkasakan masyarakat itu melalui pelbagai cara; termasuk mewujudkan persekitaran perniagaan untuk mereka, melengkapkan usahawan, menyediakan lebih banyak peluang dalam institusi pendidikan tinggi dan lain-lain.

Rajan juga mengalu-alukan gesaan Najib pada masa lalu bagi mengadakan dialog antara agama.

Beliau berkata dialog akan membawa manfaat bersama bagi kita. 

Rajan menyarankan supaya semua agama bekerjasama untuk mewujudklan dunia yang adil dan aman.

"Agama adalah komponen kukuh dan kompleks dalam kehidupan manusia, jadi kita mesti memberi perhatian serius. Pemahaman yang lebih inklusif dan luas tentang agama diperlukan, katanya.

Beliau juga menggesa Najib untuk menganjurkan dan mempengerusikan sesi dialog tahunan di Kuala Lumpur bersama pemimpin semua agama yang sedia ada di Malaysia dan merangka strategi bagi memperkukuh keeratan dan perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia.

Najib yang berpakaian kurta tradisional India diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor semasa lawatan ke Batu Caves dan meluangkan masa kira-kira  sejam menyaksikan sambutan Thaipusam kali ke-125 yang dihadiri oleh 1.6 juta orang.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan