Malaysia Kutuk Tindakan IS Bakar Juruterbang Tentera Udara Jordan

Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2015 5:00 PM

Datuk Seri Anifah Aman

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk tindakan kejam kumpulan militan IS membakar hingga mati Muath Kasasbeh, juruterbang tentera udara Jordan yang mereka tawan pada 24 Disember tahun lepas, apabila pesawatnya terhempas di Hamra Ghannam, Syria.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataan pada Khamis berkata Malaysia terkejut dengan jenayah kejam itu, yang sekali gus mencerminkan keganasan serta sikap kumpulan IS, yang tidak mengenal erti perikemanusian.

"Malaysia berdiri teguh bersama kerajaan dan rakyat Jordan pada saat-saat mengejutkan dan menyayat hati ini serta mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman dahsyat dan taktik ganas itu," katanya.

Beliau berkata Malaysia mengucapkan takziah dan simpati yang amat mendalam kepada keluarga Kasasbeh dan kerajaan Jordan berhubung kejadian itu.

"Semoga keluarga Kasasbeh diberi ketabahan dalam menghadapi detik-detik menyayat hati ini," katanya.

Semalam, kumpulan IS menyiarkan video menunjukkan juruterbang malang itu dibakar hidup-hidup dalam tindakan tanpa perikemanusiaannya untuk membunuh seorang lagi tebusan.

AFP melaporkan tayangan video secara dalam talian selama 22 minit itu menunjukkan imej seorang lelaki yang dikatakan Kassasbeh, sedang dimamah api di dalam sebuah sangkar logam.
Tags / Kata Kunci: IS , Muath Kasasbeh , Datuk Seri Anifah Aman

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan