Jangan Tuduh Melulu Isu Sabotaj Ekonomi Negara - TPM

Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2015 6:25 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin

(Ubah saiz teks)

LIPIS: Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis mengingatkan rakyat supaya tidak membuat sebarang tohmahan dan tuduhan melulu berhubung dakwaan ada pihak yang sengaja mensabotaj ekonomi negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata semua pihak perlu mengelak membuat pelbagai  andaian sebelum sesuatu kes itu terbukti benar kerana ia melibatkan soal kepentingan negara.

Katanya tindakan itu tidak betul memandangkan tohmahan dan tuduhan yang dibuat secara melulu dengan tujuan tertentu tidak akan membawa sebarang makna.

"Jika perlu pihak yang terlibat boleh siasat, tetapi elok kita elak buat andaian sebelum ia terbukti. Jangan terperangkap dalam hal yang tidak betul kerana ini soal besar. Siapa dia, apa faktanya, apa motifnya dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang ihsan kepada 59 mangsa banjir di Kampung Aur Gading, di sini Khamis.
 
Namun dalam masa yang sama, Muhyiddin berkata, kerajaan juga tidak pernah memandang ringan perkara tersebut.

Muhyiddin menjelaskan, isu sabotaj ekonomi negara perlu mendapat penjelasan yang terperinci dan tepat daripada pihak berkuasa terbabit dan pakar ekonomi.

Katanya, pelbagai faktor luar kawalan turut perlu dilihat seperti masalah ekonomi global yang menjejaskan ekonomi negara termasuk penurunan harga minyak dan pendapatan nasional.

"Kita menyedari ini faktor di luar kawalan kita, termasuk apa yang berlaku di peringkat global.

"Jadi kita kena susun balik belanjawan kita, tetapi jika ada faktor-faktor pihak luar yang cuba gugat keadaan ekonomi kita, kita kena tahu siapa dia," katanya.
 
Sebelum ini, Anggota Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) menyiasat individu-individu yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan melalui urus niaga mata wang negara bagi menaja dan menjalankan operasi beberapa media baharu untuk melancarkan fitnah terhadap kerajaan.

Berikutan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan agensi kerajaan yang berkaitan supaya mengambil tindakan terhadap dakwaan tentang kegiatan individu tertentu mensabotaj ekonomi negara.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut mencadangkan satu siasatan dan kajian teliti dijalankan untuk memastikan sama ada ia benar-benar berlaku.


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan