Hadi Mesti Hadir Mesyuarat Majlis Pimpinan PR - Guan Eng

Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2015 4:45 PM

Lim Guan Eng

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditetapkan pada Ahad tidak akan diteruskan jika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak hadir, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata keputusan itu bukan dibuat oleh beliau sendiri, tetapi dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Pada Selasa, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata CEC telah meluluskan resolusi bahawa pemimpin parti hanya akan menghadiri mesyuarat jika ia dihadiri oleh wakil PAS.

"Ini adalah untuk mengelakkan keadaan di mana sebarang keputusan yang dicapai dalam Pakatan Rakyat tidak mendapat persetujuan PAS," kata Loke.

Guan Eng berkata DAP telah menerima jaminan daripada sekretariat Pakatan bahawa Hadi akan hadir pada mesyuarat itu di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

"Mesyuarat kepimpinan sudah lama tertangguh. Apabila kita bercakap mengenai mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpin mesti hadir.

"Bagi tempoh masa yang panjang, ianya tidak berlaku," kata Guan Eng pada sidang akhbar di Komtar Walk, Khamis.

Guan Eng berkata beliau tidak mahu membuat 'spekulasi' tentang isu-isu yang akan dibincangkan dalam mesyuarat itu.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan