Kes Denggi Di Selangor Meningkat 75 Peratus, Catat 17 Kematian - Berita Semasa | mStar

Kes Denggi Di Selangor Meningkat 75 Peratus, Catat 17 Kematian

Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2015 10:15 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sebanyak 17 kes kematian akibat denggi dilaporkan di Selangor bulan lepas berbanding hanya dua kes kematian pada Januari 2014.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata daripada 17 kes kematian,  11 kes kematian direkodkan di Petaling.

Kes demam denggi di Selangor amat membimbangkan apabila meningkat sehingga 75 peratus dengan 6,686 kes direkodkan sepanjang bulan lepas dengan daerah  Petaling mencatatkan 3,212 kes, katanya dalam sidang akhbar di sini Khamis.

Beliau berkata hanya 3,813 kes denggi direkodkan di Selangor sepanjang Januari 2014.

Mohamed Azmin berkata satu program khas besar-besaran bagi mencegah kes denggi akan diadakan di Petaling pada 7 dan 8 Februari dengan tumpuan di semua kawasan panas antaranya pangsapuri kos rendah, tapak pembinaan, sekolah dan kampung baru.
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan