Anwar Tangguh Beri Keterangan Kepada SPRM

Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2015 2:29 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan pertemuan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan dalam kes penyalahgunaan kuasa oleh Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan kerana ingin meluangkan masa bersama ahli keluarganya sebelum keputusan rayuan kes liwat diketahui pada Selasa depan.

"SPRM memang tunggu tarikh daripada saya tapi saya minta tangguh sebab dalam tempoh yang singkat ini saya tertekan dengan permintaan keluarga untuk berjumpa," katanya pada sidang media selepas merasmikan peluncuran buku Dr Syed Husin Ali 'Hubungan Etnik di Malaysia' di sini, Khamis.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata sekiranya dibebaskan pada Selasa depan, beliau akan memberikan ruang yang secukupnya untuk bekerjasama dengan SPRM kerana perjumpaan tersebut memakan masa yang agak lama.

Namun, jika sebaliknya berlaku, beliau menjemput SPRM untuk mengambil keterangan di dalam penjara.

"Saya persilakan SPRM (untuk ambil keterangan) ke penjara mana... penjara Kajang... ke penjara Sungai Buloh," katanya.

Namun, Anwar berkata SPRM tidak mempunyai masalah untuk mendapat bukti mengenai kes tersebut kerana mereka boleh mendapatkan rekod mengenai dakwaan berkenaan dari Jabatan Perbendaharaan.

"Mereka boleh dapatkan bukti dari Jabatan Perbendaharaan. Saya tak terlibat dalam rundingan Umno sedangkan isu ini sudah lama sejak tahun 1999 lagi. Saya juga pernah serahkan bukti ke mahkamah," katanya.

Terdahulu, Anwar dilaporkan sebagai berkata, beliau mempunyai bukti mengaitkan Daim dengan penyalahgunaan kuasa.

Ketua Pembangkang itu berkata beliau sedia bekerjasama dengan SPRM jika badan itu ingin memulakan siasatan terhadap Daim.

Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan Daim mengesahkan memiliki sebuah bank di Tanzania, namun menafikan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.

Tags / Kata Kunci: SPRM , Menteri Kewangan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan