Polis Panggil Ismail Sabri Isu Boikot

Diterbitkan: Rabu, 4 Februari 2015 12:33 PM

Ismail Sabri
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diminta hadir ke mana-mana balai polis terdekat berhubung komennya di Facebook yang menyeru supaya memboikot peniaga Cina.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kenyataan Ismail akan direkodkan pada petang ini (Rabu).

"Kami telah memanggil beliau dan beliau telah bersetuju untuk memberi kerjasama sepenuhnya.

"Bagaimanapun kami sedang mengaturkan pertemuan dengan beliau pada waktu petang selepas mesyuarat kabinet berakhir," katanya.

Selain itu Khalid menambah bahawa wakil-wakil daripada MCA, Gerakan dan DAP yang membuat laporan polis berhubung perkara itu juga akan dipanggil bagi menyelesaikan perkara itu secara baik.

"Kami akan cuba menyelesaikan isu itu di antara mereka. Saya menyeru semua pihak untuk tidak memanjangkan perkara itu, " katanya di sini pada Rabu.

Ahad lalu menerusi posting di Facebook, Ismail menggesa pengguna Melayu supaya memboikot perniagaan orang Cina yang sengaja menaikkan harga barang tanpa sebab.

Tags / Kata Kunci: Ismail Sabri Yaakob

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan