Najib Temui Pemimpin MIC, Setuju Pemilihan Semula Parti

Diterbitkan: Rabu, 4 Februari 2015 5:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Para pemimpin MIC pada Rabu bersetuju pemilihan semula parti itu diadakan sebagai jalan penyelesaian krisis MIC.

Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan dua pemimpin MIC dengan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya.

Perdana menteri dalam satu kenyataan berkata beliau telah bertemu  Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Timbalan Presiden Datuk Seri S.Subramaniam bagi membincangkan masalah dalaman parti itu.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Keputusan ini akan dimaklumkan oleh parti MIC kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar tindakan sewajarnya boleh diambil untuk melaksanakan pemilihan semula parti MIC," katanya.

Beliau berkata butir-butir pemilihan semula parti akan diumumkan selepas surat daripada ROS diterima oleh parti berkenaan.

Krisis dalaman MIC tercetus selepas ROS membatalkan pemilihan bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam perhimpunan agung MIC di Melaka pada November 2013.

Dalam surat bertarikh 5 Disember 2014, ROS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi jawatan berkenaan dalam tempoh 90 hari.

Tags / Kata Kunci: MIC , Najib Tun Razak

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan