Lawatan Sulung Jokowi Ke Malaysia Pada Khamis

Diterbitkan: Rabu, 4 Februari 2015 10:00 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Presiden Indonesia Joko Widodo melakukan lawatan negara tiga hari ke Malaysia bermula Khamis, atas jemputan Yangdi-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Kementerian Luar dalam kenyataan pada Rabu berkata ia merupakan lawatan sulung pemimpin yang lebih dikenali sebagai Jokowi itu ke Malaysia selepas dilantik sebagai Presiden Indonesia pada 20 Oktober tahun lepas.

Menurut kenyataan itu, Jokowi akan diiringi isteri, Iriana serta beberapa menteri Kabinet dan pegawai kanan Indonesia.

Jadual lawatan beliau termasuk upacara sambutan negara, menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah serta jamuan negara pada Khamis.

Pada Jumaat (6 Feb), Jokowi dijadual mengadakan mesyuarat tertutup dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, diikuti mesyuarat delegasi, kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan menjadi hos jamuan rasmi tengah hari bagi meraikan Jokowi, isteri beliau dan delegasi Indonesia.

Kenyataan itu berkata Jokowi juga akan melawat Proton bagi tujuan meneroka peluang kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang automotif.

Lawatan presiden Indonesia itu akan memberi peluang kepada kedua-duapemimpin untuk menilai kemajuan hubungan dua hala sedia ada antara Malaysia dan Indonesia, menurut kenyataan itu.

Ia juga memberi peluang kepada mereka untuk bertukar-tuar pandangan tentang isu serantau dan global yang mempunyai kepentingan kepada kedua-dua negara, kata kenyataan itu.

Indonesia adalah rakan perdagangan keenam terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Pada 2013, dagangan antara kedua-dua negara berjumlah RM61.1 bilion (US$19.4bilion), manakala bagi tempoh Januari hingga November 2014, jumlahnya ialah RM54.7 bilion (US$16.9 bilion). -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Jokowi

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan