Hudud: Kelantan Cadang Bentang Rang Undang-Undang Persendirian Di Parlimen

Diterbitkan: Rabu, 4 Februari 2015 8:39 PM

Mohd Amar Nik Abdullah

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kerajaan negeri Kelantan bercadang membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bulan depan bagi mendapatkan kelulusan beberapa pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang akan membolehkan ia melaksanakan hukum hudud dan qisas di negeri itu.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sebelum ini, persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkenaan pindaan kanun tersebut yang dijadualkan pada 29 Disember lalu terpaksa ditangguhkan berikutan banjir melanda negeri itu.

"Kita bercadang membawa rang undang-undang persendirian ini dalam persidangan biasa di Parlimen Mac ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini, Rabu.

Mohd Amar berkata antara tujuan rang undang-undang persendirian itu adalah meminta kelulusan Parlimen untuk menaikkan had hukuman supaya memenuhi kehendak al-Quran dan sunnah.

Kerajaan negeri sebelum ini mengumumkan akan membawa rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membolehkan hudud dapat dilaksanakan di Kelantan.

Kerajaan negeri juga mewujudkan Jawatankuasa Teknikal Peringkat Negeri sejak lebih setahun lalu dan turut menghantar enam wakil menyertai Jawatankuasa Khas Teknikal Peringkat Kebangsaan bagi mengkaji pelaksanaan hukum berkenaan. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Hudud , Kelantan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan