Bestinet Gesa Kerajaan Tarik Balik Penangguhan SPBPA

Diterbitkan: Rabu, 4 Februari 2015 10:15 PM

Azmi Khalid

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bestinet Sdn Bhd menggesa kerajaan menarik balik penangguhan penggunaan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (SPBPA), satu penyelesaian dibangunkan syarikat IT itu bagi mengawal dan menapis pekerja asing melalui permohonan visa, profil biometrik dan pemeriksaan kesihatan. 

Pengerusi Eksekutif Bestinet, Tan Sri Azmi Khalid berkata, syarikat itu belum mengenakan bayaran ke atas majikan atau pekerja kerana sistem itu masih percuma semasa tempoh pengenalan.

Beliau menyelar laporan media yang mengaitkannya dengan kenaikan bayaran visa untuk pekerja Indonesia sebagaimana yang dijelaskan Perkhidmatan Tenaga Kerja Indonesia yang kenaikan itu tiada kena mengena dengan pelaksanaan SPBPA.

SPBPA adalah sistem pengurusan dalam talian disokong infrastruktur pengurusan pemprosesan data terjamin yang bangunkan untuk kerajaan.

Ia dianggap satu sistem holistik yang telus, cekap, mudah dan berfaedah kepada mereka yang terbabit dengan pengambilan pekerja asing, yang sepatutnya diwajibkan mulai 15 Januari.

Tetapi ia ditangguhkan berikutan bantahan mengenai caj yang didakwa mahal dan tidak telus.

"Kami akan membuat keputusan kemudian sama ada kerajaan atau pengguna akan membayar Bestinet untuk perkhidmatan itu.   

"Bagaimanapun, di peringkat awal kami tidak akan mengenakan bayaran ke atas pekerja dan majikan, tetapi dikenakan ke atas pusat perubatan yang menjalankan pemeriksaan pekerja," katanya pada sidang media di sini, Rabu.   

Azmi berkata, bayaran itu bertujuan menambah baik proses pentadbiran dan penyenggaraan sistem dalam talian yang akan mempercepatkan tempoh pemprosesan visa daripada tiga bulan kepada kira-kira 48 jam untuk mendapatkan kelulusan untuk majikan.

Beliau mendakwa, kira-kira 400 syarikat sudah menggunakan sistem berkenaan yang terbukti mengurangkan ketirisan dalam sistem manual kerana ia menghapuskan keperluan hubungan fizikal di antara pemohon dan pegawai yang meluluskannya.

"Sembilan puluh sembilan peratus daripada sistem ini akan mengurangkan pekerja tanpa dokumen serta mengelak kejadian penyakit berjangkit disebarkan pekerja tanpa izin ke Malaysia," katanya.

Menurutnya, Malaysia adalah negara pertama di dunia menggunakan sistem seumpama itu dan Bestinet menawarkan situasi menang-menang kepada pihak terbabit dalam mengambil pekerja asing.

Tags / Kata Kunci: Bestinet , SPBPA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan