Bahaya Dari Laut

Diterbitkan: Rabu, 4 Februari 2015 8:25 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jika banjir besar yang melanda pantai timur Semenanjung baru-baru ini dianggap dahsyat, keadaan itu akan menjadi lebih teruk dalam beberapa dekad akan datang, demikian menurut sebuah badan penyelidikan.

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (Nahrim) berkata, banyak kawasan pantai sudah terjejas akibat kenaikan paras air laut dan beberapa kawasan di negara ini dijangka akan ditenggelami pada penghujung abad ini.

Data oleh Nahrim menunjukkan bahawa paras laut meningkat antara 0.2mm dan 4.4mm setiap tahun sejak 2010 disebabkan oleh perubahan iklim.

Ketua Pengarah Nahrim, Datuk Ahmad Jamalluddin Shaaban berkata ini boleh membawa kepada berlakunya banjir di pantai dan boleh menjejaskan lebih daripada lapan juta orang berdasarkan kiraan kiraan semasa.

"Kawasan-kawasan yang akan mengalami fenomena ketinggian paras laut adalah Kedah, Kelantan, muara Sungai Sarawak dan pantai timur Sabah iaitu antara 0.4 dan 1.1m," katanya kepada The Star.

Beliau berkata, Malaysia sangat terdedah kepada kenaikan paras laut dan menjadi kritikal terutama di kawasan-kawasan rendah seperti muara sungai.

Tawau akan menjadi kawasan yang paling teruk terjejas dengan unjuran kenaikan paras laut menjadi 1.064m lebih tinggi pada 2100.

Kudat, Lahad Datu, Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu akan menyaksikan paras laut meningkat sebanyak 3mm, 3.5mm, 3.6mm, 4.1mm dan 4.4mm setiap tahun.

Ahmad berkata paras laut lebih tinggi boleh membawa kepada perubahan  kelajuan gelombang dan ketinggian yang boleh meningkatkan kadar hakisan pantai.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan