Ancaman Militan IS Dalam Perhatian Negara Asean - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 4 Februari 2015 10:26 PM

Hishammuddin (tengah) bergambar bersama jurulatih dan pemain selepas Majlis memperkenalkan Pemain ATM bagi Liga Super 2015, di Kompleks Sukan Kementerian Pertahanan, Rabu. Foto: BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ancaman militan IS sentiasa dipantau oleh negara-negara Asean kerana ia merupakan satu perkara yang sangat serius, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ini, katanya, disebabkan ancaman IS tidak ‘memilih bulu’, dan mana-mana negara terdedah kepada keganasan mereka.

“Ini satu perkara jauh lebih serius daripada pertimbangan politik dan polemik kaum,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran dan memperkenalkan pasukan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) musim 2015 pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sebuah video yang didakwa memaparkan juruterbang Jordan dibakar hidup-hidup dipercayai dilakukan kumpulan militan. 

Ditanya mengenai kesiapsiagaan Malaysia dalam hal sama, Hishammuddin berkata selain persediaan dari segi aset, ATM dan Polis Diraja Malaysia memperkukuhkan risikan susulan perkembangan kejadian di Syria yang disifatkannya cukup membimbangkan.

“Pengaruh IS dalam negara masih terkawal (tidak membimbangkan) dan komitmen kita dalam mempertahankan kedaulatan dan pertahanan negara khususnya di Sabah ialah apa yang telah saya umumkan sebelum ini… ia termasuklah membawa pesawat Hawk di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Labuan termasuk menaiktaraf lapangan terbang tersebut.

“Tetapi apa yang penting, rakyat di Sabah sendiri perlu fahami bahawa ini (kegiatan pengganas/militan) merupakan satu ancaman dan jangan ambil mudah,jangan terikut-ikut dengan dakyah mereka dan berharap mereka dapat bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa,” kata Hishammuddin.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas sekiranya pertempuran yang berlaku antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan komando polis Filipina memberi tempias kepada negara ini, Hishammuddin berkata dalam apa jua keadaan sekalipun pihak pertahanan negara bersedia untuk menghadapinya.

“Itu kita kena berani hadapinya kerana kita dah kata bahawa pihak militan tidak ada tempat di bumi Malaysia… jadi apa jua keadaan yang akan kita tempuhi kita akan laluinya, yang penting dengan kerjasama dan sokongan rakyat yang berbilang kaum dan agama,” katanya.

Dalam pertempuran pada 25 Januari lepas, media Filipina melaporkan seorang lelaki Malaysia berstatus pengganas dan pakar pembuat bom, Zulkifli Hir atau Marwan terbunuh dalam pertempuran yang turut mengorbankan kira-kira 50 komando polis Filipina dan mencederakan 12 anggota yang lain.

Tags / Kata Kunci: Militan IS

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan