UiTM Nafi Mangsa Kelar Diculik Dari Kawasan Kampus

Diterbitkan: Selasa, 3 Februari 2015 9:35 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Selasa menafikan dakwaan bahawa pelajarnya di cawangan Permatang Pauh, Pulau Pinang diculik dari kawasan kampus sebelum dikelar di leher oleh teman lelakinya.  

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said berkata, mangsa Nursyuhada Johari telah bertemu dengan suspek di luar kawasan kampus sebelum mangsa dengan suka rela masuk ke kenderaan suspek dan bergerak ke lokasi lain. 

“Mangsa tidak diculik di dalam kawasan kampus seperti yang dilaporkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Menteri Mentor UiTM bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Semalaysia 2014/2015 di sini, Selasa.

Sementara itu, Abdullah berkata pihak UiTM telah menghubungi keluarga mangsa bagi membantu urusan jenazah. 

Pada Isnin, Nursyuhada yang dikelar suspek di tepi Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang, dekat Taiping telah terjatuh atas lebuhraya.  

Mangsa yang dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk menerima rawatan telah bertarung nyawa selama dua jam dan meninggal dunia kira-kira pukul 2 petang.

Tags / Kata Kunci: Nursyuhada Johari , mangsa kelar

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan