Tanah Runtuh Di Telupid, Sembilan Keluarga Diarah Pindah

Diterbitkan: Selasa, 3 Februari 2015 7:55 PM

(Ubah saiz teks)

TELUPID: Sembilan keluarga terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat kejadian tanah runtuh di Kampung Gambaron dekat sini, Selasa.

Pegawai Daerah Telupid, Benedict Asmat berkata, terdapat tujuh rumah terlibat dan runtuhan berlaku dari lereng bukit memasuki kawasan belakang rumah selepas hujan lebat melanda daerah ini pada Isnin.

Katanya, sembilan keluarga membabitkan 40 orang yang tinggal di tujuh rumah tersebut diminta mengosongkan rumah mereka atas faktor keselamatan.

Mereka memilih untuk berpindah ke rumah keluarga mereka juga di kampung sama, katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya, mereka diarah berpindah selepas pemeriksaan oleh pihaknya bersama polis dan Jabatan Kebajikan mendapati rumah tersebut tidak selamat diduduki disebabkan tanah runtuh itu.

Benedict berkata, Jabatan Kebajikan turut menyalurkan bantuan makanan keperluan asas kepada keluarga terlibat.

Beliau berkata, keluarga terbabit hanya akan dibenarkan balik semula ke rumah mereka selepas kerja pembersihan tanah runtuh dilakukan dan rumah mereka selamat untuk didiami hasil pemeriksaan lanjut.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan