Semua Pihak Tanpa Mengira Kaum Perlu Bersatu Tekan Peniaga Turun Harga - Ismail Sabri

Diterbitkan: Selasa, 3 Februari 2015 9:21 AM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengguna perlu bersatu untuk memberi tekanan kepada peniaga dalam memastikan harga barangan diturunkan ekoran penurunan harga minyak, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata berkata semua pihak termasuk MCA perlu bersama-sama dengan Barisan Nasional (BN) dalam usaha menangani kenaikan harga barangan.

Kenyataannya sebelum ini meminta rakyat memboikot pemborong dan peniaga Cina, bukan sahaja memberi faedah kepada kaum Melayu tetapi juga pengguna berbangsa Cina.

"Sepatutnya Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon menyeru pengguna Cina untuk guna suara mereka untuk memberi tekanan kepada peniaga dan pemborong ini," katanya dalam kenyataan di sini bagi mengulas kenyataan Chong yang mendakwanya rasis dalam mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Sebagai Ketua Pemuda MCA dan senator, dia sepatutnya menghubungi saya atau bertemu dengan saya untuk mendapatkan penjelasan dan bukannya berganding bahu dengan DAP" (dalam membidas kenyataannya," kata Ismail Sabri.

"Nampaknya Pemuda MCA tidak tahu keutamaan siapa yang patut mereka lindungi.
Saya juga berpandangan Ketua Pemuda MCA ini tidak mempunyai semangat BN kerana bersekongkol dengan DAP, musuh BN dalam menghadapi isu ini," katanya.

Chong dalam kenyataannya membidas kenyataan Ismail Sabri itu dengan berkata: " Untuk memboikot perniagaan Cina adalah kenytaan kurang bijak dan menegaskan bahawa Ismail Sabri hanya membuat kenyataan peribadi dan bukan pendirian Kabinet mahupun BN.

"Ismail Sabri sebelum ini telah menegaskan bahawa kenyataannya berkaitan boikot itu merupakan pandangan peribadinya dan bukan ditujukan kepada semua kaum Cina tetapi kepada semua pemborong dan peniaga yang masih tidak mahu menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah diturunkan.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan