MIC: Saravanan Pertimbang Tanding Jawatan Tertinggi

Diterbitkan: Selasa, 3 Februari 2015 3:25 PM

Datuk M. Saravanan

(Ubah saiz teks)

GOMBAK: Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan membayangkan bahawa beliau mungkin bertanding untuk salah satu jawatan tertinggi dalam parti.

Saravanan menyatakan bahawa beliau mungkin bertanding jawatan presiden atau timbalan presiden dalam pilihan raya akan datang yang akan diadakan pada Jun.

"Semuanya terpulang kepada penyokong saya. Jika mereka mahu saya bertanding jawatan tertinggi, maka saya akan bertanding," katanya kepada pemberita di Batu Caves, Selasa.

Saravanan, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, berkata beliau mendapat sokongan daripada 1,500 cawangan MIC dan memerlukan 500 lagi sokongan bagi menyokongnya bertanding jawatan presiden.


"Terdapat lebih daripada 3,700 cawangan MIC, jika saya dapat meraih 2,000 penyokong maka saya perlu bertanding jawatan presiden.

"(Tetapi) saya masih belum membuat keputusan. Mungkin hari ini saya akan mendapat restu daripada Tuhan," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan