1,700 Polis Kawal Kelancaran Thaipusam Di Batu Caves

Diterbitkan: Selasa, 3 Februari 2015 1:08 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 1,700 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditugaskan mengawal keselamatan sekitar Batu Caves semasa perayaan Thaipusam pada Selasa, yang dijangka dihadiri kira-kira 1.5 juta pengunjung.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata, penugasan anggota yang ramai itu bagi mengawal keadaan trafik berikutan kehadiran ribuan penganut agama Hindu yang membanjiri kawasan berkenaan.

"Selain itu, PDRM juga akan memantau kawasan yang dijadikan parkir kereta haram bagi mengelak pengunjung yang hadir di kawasan itu, dikenakan bayaran secara haram oleh individu yang cuba mengambil kesempatan. 

"Bagi memudahkan pengunjung, PDRM membenarkan pengunjung meletakkan kereta di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), tetapi hanya pada satu laluan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Beliau berkata sempena Thaipusam, beberapa jalan juga ditutup secara berperingkat.

"Antara jalan yang ditutup ialah Jalan Lingkaran Tengah Dua susur masuk ke Batu Caves dan Bulatan Batu Caves dari arah Selayang," katanya. 

Ali berkata keadaan trafik di Batu Caves malamIsnin, dilaporkan terkawal dan bergerak lancar.

Tags / Kata Kunci: Thaipusam

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan