Saya Akan Beri Kerjasama Penuh Kepada Polis Jika Disiasat - Ismail Sabri

Diterbitkan: Selasa, 3 Februari 2015 4:48 PM

Ismail Sabri Yaakob.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan memberi kerjasama penuh kepada polis sekiranya disiasat atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Beliau mengesahkan telah melihat kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitter yang mengatakan bahawa beliau akan dipanggil untuk merakamkan kenyataan, tetapi beliau masih belum dihubungi polis mengenai perkara tersebut. 

"Saya belum lagi memberikan kenyataan saya kepada polis. Tetapi bila saya hubungi, mereka kata akan maklumkan kepada saya hari dan tarikh. Jika ia bersesuaian dengan jadual saya dan mereka, saya akan berjumpa dengan mereka," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Ismail Sabri, yang merupakan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno hadir ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini untuk berjumpa dengan sekumpulan bekas pemimpin muda Umno yang mengadakan sidang media sebelum itu bagi menyuarakan sokongan mereka terhadap beliau.

Beliau mendapat kritikan dalam Barisan Nasional (BN) selepas membuat kenyataan di Facebook yang menyarankan supaya pengguna Melayu memboikot perniagaan Cina supaya mereka boleh menekankan harga barangan lebih rendah.

Ismail Sabri juga tidak mahu 'perang mulut' dengan rakan-rakannya di MCA, sambil mengatakan bahawa ia bukan amalan BN.

"Dalam Barisan, kita mempunyai prinsip. Jika ada masalah, kita akan selesaikan sesama kita.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mengingatkan kita menteri untuk tidak bergaduh secara terbuka, kerana ia tidak memberi gambaran yang baik kepada Kabinet dan Perdana Menteri sendiri.

"Saya menghormati nasihatnya dan tidak akan membuat kenyataan lanjut berhubung perkara ini," tambahnya.

Tags / Kata Kunci: Ismail Sabri Yaakob

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan