MyEG: Penambahbaikan Dijangka Selesai Pertengahan Bulan Ini

Diterbitkan: Selasa, 3 Februari 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penambahbaikan proses memperbaharui permohonan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) melalui sistem dalam talian MyEG Service Bhd (MyEG) dijangka selesai menjelang pertengahan bulan ini.

Sebelum ini, mStar Online  melaporkan mengenai Jabatan Imigresen menyenaraikan 32 perkara yang perlu diteliti untuk penambahbaikan proses permohonan PLKS secara dalam talian. Daripada jumlah itu, 22 daripadanya berkaitan masalah teknikal.

Pengarah Bahagian Pekerja Asing Imigresen, Farah Adura Hamidi berkata, 32 perkara tersebut telah diteliti dan akan membuat penambahbaikan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

Katanya, 22 perkara yang berkaitan masalah teknikal itu akan dimasukkan ke dalam SOP sebagai panduan dalam operasi dan penambahbaikan akan datang.

“SOP sedia ada telah dibuat semakan semula untuk disesuaikan dengan perkara-perkara yang diteliti berdasarkan sistem dalam talian.

“Kita akan membuat penambahbaikan dan cuba untuk menyelesaikannya dalam tempoh 14 hari daripada tarikh mesyuarat sebelum ini (27 Januari) yang membentangkan 32 perkara itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Farah Adura Hamidi.

mStar Online sebelum ini melaporkan satu mesyuarat tertutup diadakan antara Jabatan Imigresen dan MyEG pada 27 Januari lalu mengenai pelarasan peringkat pembuktian konsep (POC) bagi sistem secara dalam talian itu.

Antara masalah teknikal yang dikesan ialah sistem tidak mengemaskini maklumat dan tiada menu atau pilihan bagi memasukkan data tertentu.

Farah Adura berkata, semakan semula itu bertujuan untuk memastikan semua pejabat imigresen negeri mengikut SOP yang seragam.

Beliau menambah, terdapat perkara yang diteliti itu boleh diselaraskan dalam SOP sedia ada, manakala selebihnya perlu membuat SOP baharu.

“Bagaimanapun, kita belum lagi menggunapakai SOP baharu,” katanya.

Mengenai penambahbaikan dalam tempoh POC, Farah Adura berkata, ia bertujuan untuk membuat penilaian terhadap perkara-perkara yang telah ditambah baik.

“Kita perlu membuat penambahbaikan sebelum tamat tempoh POC bagi memudahkan penilaian dibuat terhadapnya,” katanya yang merujuk kepada tempoh POC bagi sistem dalam talian itu sehingga 28 Februari ini.

Selain masalah teknikal, 32 perkara itu turut menyenaraikan tentang keupayaan sistem dalam talian itu supaya dapat mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) jabatan bagi meluluskan permohonan PLKS dalam tempoh lima hari bekerja.

Ia juga adalah berkenaan langkah untuk mengatasi masalah pekerja asing yang tamat tempoh PLKS sedangkan permohonan permit masih diproses.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan