DAP Tidak Tunduk Kepada PAS

Diterbitkan: Selasa, 3 Februari 2015 2:49 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Percakaran antara dua sekutu pakatan pembangkang seakan tidak berkesudahan apabila DAP menegaskan bahawa mereka enggan tunduk kepada PAS dalam isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Justeru itu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak perlu mengemukakan permohonan maaf kepada Mustafa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, kepimpinan parti itu menyokong penuh usaha Kerajaan Pulau Pinang untuk melaksanakan Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 2012 walaupun menerima tentangan daripada PAS.

Anthony Loke berkata pelaksanaan pilihan raya PBT juga adalah selari dengan agenda dan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.
"Saya ingin menegaskan bahawa soal perlunya Lim Guan Eng memohon maaf kepada Datuk Mustafa Ali tidak timbul sama sekali. DAP tidak akan dan tidak pernah tunduk kepada apa-apa tekanan daripada mana-mana pihak.

"Seluruh pimpinan DAP di semua peringkat berdiri teguh di belakang Setiausaha Agung DAP dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Selain itu Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, pelaksanaan pilihan raya PBT juga adalah selari dengan agenda dan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

"Kami ingin mengulangi pendirian kami bahawa semua usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Pulau Pinang ke arah matlamat tersebut telah dimaklumkan oleh Guan Eng kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mustafa dan tidak pernah ada bantahan daripada mereka sebelum ini.

"Matlamat untuk mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan juga amat jelas selari dengan agenda dan Dasar Bersama Pakatan Rakyat," katanya.

Mengulas lanjut, DAP turut memberi kata dua kepada PAS bagi memastikan Abdul Hadi hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan diadakan sebelum 10 Februari ini.

Menurut Loke, kepimpinan tertinggi DAP hanya akan menghadiri mesyuarat tersebut jika ia turut disertai Abdul hadi.

"DAP memberikan komitmen akan menghadiri mesyuarat tersebut sekiranya PAS juga memberikan komitmen bahawa Presiden PAS akan menghadiri mesyuarat tersebut.

"Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP telah meluluskan satu resolusi sebelum ini yang menegaskan bahawa pimpinan tertinggi DAP hanya akan menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dengan kehadiran Presiden PAS sendiri untuk mengelakkan keadaan di mana apa-apa keputusan yang dicapai dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat tidak direstui kemudian oleh Presiden PAS," katanya.

Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , Mustafa Ali , Anthony Loke

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan