Bijak Guna Kuasa Pengguna, Sekat Kenaikan Harga Barangan - Shafie Apdal - Berita Semasa | mStar

Bijak Guna Kuasa Pengguna, Sekat Kenaikan Harga Barangan - Shafie Apdal

Diterbitkan: Selasa, 3 Februari 2015 10:19 PM

Shafie Apdal.

Mohd Shafie Apdal.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Rakyat harus bijak menggunakan kuasa pengguna sebagai penentu harga barangan bagi menyekat peniaga rakus mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dan mengaut keuntungan. 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pengguna harus menggunakan konsep 'sedia membeli dan sedia menjual' dan menjadikan kuasa beli mereka sebagai penentu harga barangan yang sesuai serta sepadan dengan nilainya.

"Pengguna harus menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna. Selagi pembeli tidak mahu membeli, penjual tidak boleh menjual. Kuasa pengguna akan menjadi penentunya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Menteri Mentor UiTM bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Semalaysia Sesi 2014/2015 di sini, Selasa.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung isu kenyataannya berkaitan boikot peniaga yang menjadi viral di laman sosial.

Mohd Shafie, yang pernah dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berkata kenaikan harga barangan bukan sahaja boleh menjejaskan ekonomi negara dan membantutkan usaha untuk menyuburkan putaran wang di dalam negara malah ia juga membebankan masyarakat yang tidak berkeupayaan.

"Sudah sampai masa pengguna memainkan peranan untuk memastikan supaya kita dapat tingkatkan keupayaan masyarakat. Kalau rakyat menggunakan kuasa pengguna, saya yakin penjual tidak menindas mana-mana pihak," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan