Kos Operasi Tinggi, Tambang Bas Tidak Akan Turun - Persatuan

Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2015 9:33 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengendali bas tidak akan mengurangkan harga tambang di sebalik penurunan harga diesel.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Pan-Malaysia, Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, harga diesel hanya sebahagian kecil daripada kos operasi.

"Bahan api adalah komponen kecil dalam kos operasi kerana terdapat juga faktor lain seperti gaji pekerja," katanya.

Pada September 2013, apabila harga pam diesel telah dinaikkan sebanyak 20 sen kepada RM2, terdapat laporan yang memetik Persatuan Pengusaha Lori Selangor dan Kuala Lumpur sebagai berkata, kos diesel terdiri daripada 30 hingga 40 peratus daripada keseluruhan kos operasi.

Beliau berkata, harga tiket bas ekspres kali terakhir dinaikkan pada 2008, tetapi kos operasi meningkat antara 30 dan 40 peratus sejak itu.

Ashfar berkata, pengguna perlu memahami bahawa pengusaha bas terpaksa memikul kos operasi lain, sambil memberikan gaji minimum semasa sebanyak RM900, sebagai contoh.

"Bas beroperasi setiap hari, walaupun pada hari cuti umum, jadi kita perlu membayar pekerja dua kali atau tiga kali ganda daripada gaji harian mereka pada hari tersebut dan ia termasuk dalam kos operasi kami," katanya.

Beliau berkata, persatuan itu berharap kerajaan akan mengawal selia semula tambang bas ekspres.

"Seperti mana kadar tiket penerbangan dan hotel, harga tiket bas hendaklah berasaskan penawaran dan permintaan," katanya, sambil menambah dengan langkah tersebut, tiket bas yang lebih murah mungkin boleh dijual dalam tempoh tertentu.

Di Johor Baru, Presiden Persatuan Pengusaha Lori Johor, Anthony Tan berkata, penurunan harga diesel tidak semestinya bermakna caj pengangkutan juga akan turun.

Beliau berkata, masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada pengusaha akan mengurangkan caj mereka, sambil menambah terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan mereka terus mengenakan kadar lama.

"Ini termasuk harga tinggi alat ganti yang perlu diimport, penurunan nilai ringgit dan kos buruh yang tinggi," katanya.

Tan berkata, kuasa pasaran akan menentukan sama ada caj akan turun atau naik kerana persatuan itu tidak dibenarkan untuk memberitahu ahli-ahli tentang kadar di bawah Akta Anti Persaingan.

Beliau berkata, terpulang kepada pengusaha individu untuk berurusan dengan pelanggan mereka sama ada untuk mengurangkan atau mengekalkan caj berasaskan kesanggupan penerimaan dan perjanjian antara kedua-dua pihak.

"Bagi kami, apa yang lebih penting ialah harga diesel terus stabil," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan