Siasat Punca Sebenar Berlaku Longgokan Beras Di Perlis - KSU

Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2015 4:19 PM

Mohd Ariff (kiri), memeriksa lambakan beras ketika melawat kilang padi Dibok, dekat Kangar, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Arif Ab Rahman mahu satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar berlaku longgokan beras di sebuah kilang swasta di Behor Mali dekat sini sejak kira-kira tiga tahun lalu.

Beliau yang melawat Kilang Beras Dibok Sdn Bhd (Dibok) itu berkata  pasukan itu perlu turut diwakili pihak audit.

Padiberas Nasional Berhad (Bernas) perlu dipanggil di samping Unit Kawal Selia Padi dan Beras kementerian memberi penjelasan, katanya kepada pemberita.

Pihak kementerian tidak dimaklumkan tentang lambakan itu, sebaliknya apa yang dilaporkan segala urusan berjalan baik, tambahnya.

"Setelah dilaporkan pihak media, saya datang sendiri melihatnya. Barulah diketahui keadaan sebenar bagaimana masih terdapat sebanyak 629 metrik tan beras tersimpan dalam kilang ini menyebabkan pihak kilang tidak ada ruang untuk menyimpan padi sekiranya mereka membeli padi daripada para petani untuk diproses dalam musim menuai sekarang," katanya.

Kilang Beras Dibok adalah antara lima kilang beras swasta di Perlis yang dilantik Padiberas Nasional Berhad (Bernas) untuk membeli dan memproses padi yang dijual petani.

Setelah padi diproses dan beras dihasilkan, beras akan dikeluarkan oleh Bernas untuk dijual di pasaran.

Beliau berkata, sepatutnya setelah invois dikeluarkan Bernas kepada kilang terbabit, beras perlu dikeluarkan daripada kilang dalam tempoh tidak melebihi dua minggu, bukan hingga tiga tahun sebagaimana yang berlaku.

Mohd Arif berkata, Dibok memberi jaminan akan memproses dan menggred semula beras menggunakan mesin baharu yang siap dipasang dan semua beras akan dikeluarkan Bernas dalam tempoh tiga bulan.

Pengarah Urusan Dibok, Marzukhi Othman berkata, apabila beras dikeluarkan  Bernas dari kilang itu, pihaknya boleh mula membeli padi petani bagi musim penuaian akan datang.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan