ROS Alu-Alukan Pemilihan Baharu Jawatan Dalam MIC - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2015 8:47 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengalu-alukan saranan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel yang berhasrat mengadakan pemilihan baharu bagi semua jawatan daripada pelbagai peringkat dalam parti itu pada Jun depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, saranan tersebut adalah sesuai dengan perlembagaan MIC dan peraturan-peraturan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

"Saya telah mengadakan perbincangan dengan RoS mengenai kedudukan MIC dan kita mengalu-alukan saranan Presiden MIC yang berhasrat mengadakan pemilihan baharu di semua peringkat dari cawangan hingga ke CWC (Jawatankuasa Kerja Pusat)  pada bulan Jun," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Ahmad Zahid ditemui selepas majlis pelancaran pasukan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Liga Super musim 2015. 

Beliau berkata, cadangan Palanivel untuk mengadakan pemilihan baharu itu harus diterima pakai oleh semua pihak. 

"Saya harap selepas ini MIC akan berada dalam satu pasukan dan mengiktiraf mereka yang mendapat kemenangan dengan berkempen secara bersih," katanya. 

Ahmad Zahid juga berharap anggota MIC di peringkat cawangan akan mengadakan kempen dan pemilihan mengikut peraturan dan perlembagaan MIC.

Krisis dalaman MIC tercetus selepas RoS membatalkan pemilihan bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 anggota CWC dalam Perhimpunan Agung MIC di Melaka, pada November 2013.

Dalam surat bertarikh 5 Disember 2014, RoS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi jawatan tersebut dalam tempoh 90 hari.

Tags / Kata Kunci: ROS , MIC

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan