Kerajaan Komited Bekerjasama Dengan Masyarakat India Berdasarkan 'Nambikei' - PM

Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2015 7:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi komitmet kerajaan untuk terus membantu dan bekerjasama dengan masyarat India berdasarkan 'nambikei' (kepercayaan) ke arah mengatasi pelbagai cabaran dihadapi masyarakat itu.

Perdana Menteri berkata kerajaan komited membantu masyarakat India mencapai kejayaan dalam apa jua mereka perjuangkan.

Najib menyatakan demikian dalam perutusan sempena sambutan perayaan Thaipusam esok dalam blognya najibrazak.com, Isnin.

"Ketika rakan-rakan Hindu kita menyambut hari berkenaan dengan melakukan ibadat dan menyatakan kesyukuran di kuil-kuil di seluruh negara, marilah kita bersatu bagi menunjukkan rasa hormat terhadap perayaan agama masing-masing," kata beliau.

Najib berkata: "Ketika penganut Hindu Malaysia menyambut perayaan Thaipusam, kita sekali lagi diingatkan tentang budaya kita yang kaya dan pelbagai.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita sesungguhnya bertuah kerana rakyat dari berbilang kepercayaan dan keturunan hidup dalam aman dan harmoni," kata beliau.

Thaipusam akan disambut di seluruh negara esok dengan lebih tiga juta penganut, penonton dan pelancong, tempatan dan asing, dijangka bertumpu ke beberapa pusat tarikan seperti Batu Caves, di Selangor, dan Jalan Air Terjun di George Town, Pulau Pinang.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin berkata Malaysia bernasib baik kerana majoriti rakyat masih bersikap rasional walaupun ada pihak menggerakkan usaha menghancurkan perpaduan dan menimbulkan kekecohan dalam negara menerusi sikap keterlaluan dan perbalahan antara kaum.

"Kita juga bersyukur kerana rakyat menyokong usaha kerajaan untuk mengekalkan keamanan dalam negara menerusi tindakan undang-undang yang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan di sini sempena sambutan perayaan itu.

Muhyiddin berharap semua penganut agama Hindu di Malaysia berusaha mempereratkan lagi hubungan antara kaum, menguatkan semangat perpaduan dan cintakan negara, di samping menyumbang terhadap pembangunan dan kesejahteraan negara.

Beliau berkata Thaipusam seperti hari-hari kebesaran yang lain dapat disambut dengan meriah dan penuh kegembiraan bukan sahaja oleh para penganut agama Hindu, tetapi juga oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, keharmonian dan perpaduan antara kaum.

Katanya, sambutan acara keagamaan secara besar-besaran merupakan manifestasi dasar kebebasan agama yang diamalkan oleh kerajaan dan rakyat Malaysia.

"Walaupun Islam diiktiraf sebagai agama rasmi negara dan umat Islam merupakan kaum majoriti di negara ini, namun ia tidak menidakkan kebebasan kaum lain untuk menganut dan mengamal agama mereka.

"Begitu juga dalam soal bahasa, budaya dan adat resam. Setiap kaum bebas mengamalkan bahasa, budaya dan adat resam masing-masing tanpa sebarang sekatan," katanya.

Muhyiddin berkata walaupun ini sudah menjadi kebiasaan, nikmat dan keistimewaan itu harus dihargai oleh kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum di bumi bertuah ini.

"Di sesetengah negara, kaum minoriti sering ditindas dan dicabuli hak mereka oleh kaum majoriti.

"Tetapi perkara sebegitu tidak berlaku di Malaysia. Hak dan kebebasan tetap terpelihara di bawah perlembagaan dan undang-undang negara," katanya.

Beliau berkata Malaysia sungguh bertuah kerana sifat toleran dan saling faham memahami antara kaum berlainan agama, bahasa dan budaya di negara ini yang dipupuk sejak sekian lama telah membawa keharmonian dan perpaduan rakyat.

"Formula ini telah diterima pakai sejak negara merdeka. Keberkesanannya telah terbukti di mana kerajaan telah berjaya memaju dan membangunkan negara dan membuka peluang untuk rakyat mencari kemajuan dan kemakmuran," katanya.

Tags / Kata Kunci: nambikei , Thaipusam , India

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan