Mustafa-Anwar Bincang Kemelut PAS-DAP

Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2015 12:13 PM

Anwar mahu perbalahan antara Mustafa dan Guan Eng selesai sebelum 10 Februari.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Mustafa Ali akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pertelingkahan yang berlaku antara pimpinan PAS dan DAP.

Menurut Setiausaha Agung PAS itu, beliau sedang mengaturkan pertemuan dengan Anwar dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai kemelut berkenaan.

Mustafa mencabar untuk berdebat dengan Guan Eng berhubung isu pilihan raya PBT.
"Saya akan berjumpa Datuk Seri Anwar dalam masa terdekat. Hanya saya dan beliau...tanpa orang lain termasuk Guan Eng.

"Dalam pertemuan itu nanti saya akan jelaskan apa yang sebenarnya berlaku," katanya kepada mStar Online pada Isnin.

Pada Ahad, Anwar menggesa Mustafa dan Guan Eng supaya menyelesaikan perselisihan antara mereka secepat mungkin sebelum 10 Februari iaitu tarikh Mahkamah Persekutuan menyampaikan keputusannya berhubung rayuan terakhir beliau dalam kes sodominya.

Pada 28 Januari lalu, Mustafa menggelar Guan Eng bermulut celupar dan berbohong serta mencabar Setiausaha Agung DAP untuk berdebat berhubung isu pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP.

Cabaran itu timbul selepas Guan Eng dilaporkan terlebih dahulu menuduh Mustafa berbohong kerana mendakwa beliau (Mustafa) bersetuju dengan pilihan raya PBT sedangkan pemimpin PAS itu menafikannya.

Mengulas lanjut Mustafa berkata, sehingga kini beliau belum menerima sebarang maklum balas daripada Guan Eng berhubung cabarannya minggu lalu.

"Tak ada...beliau atau wakilnya tidak menghubungi saya lagi. Saya masih menunggu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Mustafa Ali , Anwar Ibrahim , Lim Guan Eng

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan