Boikot Peniaga Enggan Turun Harga Barang, Perkhidmatan - Ismail Sabri

Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2015 3:01 PM

Ismail Sabri Yaakob

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengguna disaran menggunakan kuasa sebagai pembeli untuk memboikot perniagaan kaum Cina yang enggan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan, walaupun harga minyak di pasaran semakin rendah, demikian kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sambil menyifatkan masyarakat Melayu sebagai pengguna majoriti, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berpendapat, kuasa yang ada itu seharusnya digunakan untuk memberi tekanan kepada peniaga Cina terbabit.

"Maaf saya beri pandangan, selain daripada KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan) yang patut gunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan untuk ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga tanpa sebab munasabah...kuasa yang terbesar ada pada pengguna.

"Majoriti pengguna adalah Melayu...Cina adalah minoriti. Kalau Melayu boikot perniagaan mereka, mereka tentu tiada pilihan untuk turunkan harga," katanya menerusi posting di laman Facebook yang dimuat naik pada Ahad.

Paparan skrin status yang dimuat naik di Facebook milik Ismail.
Saranan itu dilihat berkaitan dengan pengumuman harga baharu petrol RON95 yang kini RM1.70 seliter iaitu penurunan sebanyak 21 sen, manakala RON97 berharga RM2 seliter selepas berlakunya penurunan sebanyak 11 sen.

Bagaimanapun terdapat rungutan di kalangan pengguna apabila harga barangan dan perkhidmatan tetap kekal walaupun penstrukturan harga minyak menyaksikan penurunan sebanyak dua kali sejak Januari lalu.

Mengulas lanjut, Ismail yang juga bekas Menteri di KPDNKK turut mempersoalkan sikap segelintir pengguna Melayu yang mengunjungi premis makanan milik peniaga Cina yang diragui status halalnya.

"Bayangkan banyak kedai makan Cina yang tiada logo halal dan beberapa kali diserbu dan ditangkap kerana kehalalan meragukan.

"Melayu masih berpusu-pusu ke restoran tersebut sedangkan beribu-ribu restoran Melayu yang sah dan halal.

Tegas Ismail, pengguna Melayu perlu memainkan peranan yang sewajarnya bagi mengelakkan mereka terus ditindas.

Tags / Kata Kunci: Ismail Sabri Yaakob

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan