Ahli MCA 21 Tahun Ke Atas Wajib Jadi Pengundi Berdaftar - Wee

Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2015 8:00 AM

Wee Ka Siong.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Semua ahli MCA berusia 21 tahun ke atas diwajibkan untuk menjadi pengundi berdaftar, kata Timbalan Presiden Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata, parti itu kini membantu ahli-ahlinya yang masih belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk berbuat demikian.

Ahli baharu, katanya, dikehendaki untuk mengisi borang SPR setelah mendaftar.

"Ini amat penting. Rakyat perlu menunaikan tanggungjawab dan hak mereka untuk mengundi pada pilihan raya umum (PRU) untuk memastikan demokrasi," katanya ketika melawat pusat perkhidmatan MCA di Pandamaran di sini, Ahad.

Pada majlis itu, Dr Wee menerima profil lima pemimpin bahagian yang dinamakan sebagai calon berpotensi untuk kerusi Parlimen Klang dan tiga kerusi di negeri itu pada PRU akan datang.

Lima calon tersebut adalah ketua bahagian Datuk Teh Kim Poo, Timbalan Ketua Datuk Ching Eu Boon, Timbalan Setiausaha Lee Chen Seng, Ketua Pemuda Tee Hooi Ling dan Timbalannya, Tan Bok Koon.

Dr Wee turut mengingatkan pemimpin di peringkat akar umbi dan ahlinya untuk bersedia menghadapi PRU akan datang.

"MCA kembali kuat dan lebih baik. Kami akan terus memberikan tentangan pada PRU dan tidak akan mengalah," katanya.

Beliau berkata rakyat mula mendapat keyakinan terhadap parti dan mengiktiraf usaha keras serta keupayaan mereka.


Tags / Kata Kunci: MCA , SPR , PRU , Wee Ka Siong

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan