Awas 'Malware' Pada Telefon Pintar

Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2015 9:06 AM

Rakaman skrin yang diambil daripada video yang memaparkan aksi seorang individu menggunakan telefon pintarnya untuk menggodam pengimbas Touch n' Go.

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: 'Malware' (virus) baharu yang menjangkiti dan mengunci data komputer sehingga wang tebusan yang dibayar boleh menjangkiti telefon pintar dengan mudah, CyberSecurity Malaysia memberi amaran.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, pengguna telefon pintar harus berwaspada terhadap malware jenis 'Ransomware' itu.

"Pada bulan Januari sahaja, sebanyak empat kes Ransomware pada komputer telah dilaporkan kepada Pusat Bantuan Cyber999 kami," katanya.

Dr Amirudin berkata insiden itu membabitkan dua syarikat dan dua pengguna individu.

Sebagai perbandingan, terdapat tiga kes pada tahun lepas, dan hanya dua kes pada 2013.

"Sehingga kini, CyberSecurity Malaysia tidak menerima sebarang laporan kes telefon pintar yang dijangkiti Ransomware tetapi mencegah lebih baik daripada mengubati," katanya dalam satu temu bual.

Beliau berkata antara cara yang boleh menyebabkan komputer dan telefon bimbit dijangkiti 'malware' tersebut adalah melalui lampiran e-mel yang mengandungi 'malware' di mana ia akan dimuatnaik dengan sendirinya.

Satu mesej pop-up pada skrin akan menyatakan bahawa komputer telah dikunci dan semua fail disulitkan, selain bayaran 'penalti' sebanyak AS$100 (RM363) dikenakan kerana  melawat 'laman web secara tidak sah'.

Berikutan kejadian tersebut, CyberSecurity mengeluarkan nasihat kepada semua pengguna internet, termasuk pertubuhan-pertubuhan, berhubung ancaman yang mungkin dihadapi.

Dr Amirudin berkata mangsa tidak perlu mengikut arahan pembayaran sebaliknya menghubungi Cyber999 untuk bantuan.

"Selain daripada membantu mangsa, laporan itu juga akan memberikan maklumat penting yang akan membolehkan kita untuk lebih menangani atau mengurangkan masalah ini," katanya.

Beliau berkata, pengguna internet perlu mempunyai perisian anti-virus yang terkini dan tidak meng'klik' pada pautan web yang tidak diminta di dalam e-mel.

Dr Amirudin turut menasihati pengguna untuk sering membuat 'fail sokongan' untuk maklumat penting bagi menghadkan kesan kehilangan data atau sistem dan untuk membantu mempercepatkan proses carian.

Soalan atau laporan boleh dihantar kepada cyber999@cybersecurity.my atau mycert@mycert.org.my atau telefon 1-300-88-2999 (waktu perniagaan) atau +6019 2665850.

Tags / Kata Kunci: malware , Ransomware , virus

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan