Thaipusam: 1.5 Juta Dijangka Guna Lebuhraya Utara-Selatan Sehingga Esok

Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2015 2:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebuhraya Utara-Selatan dari arah utara menghala ke ibu kota dijangka mengalami kesesakan sempena sambutan Thaipusam, Selasa.

Timbalan Pengurus Kanan Jabatan Komunikasi Korporat PLUS Malaysia Berhad, Iskandar Zulkifli berkata, kira-kira 1.5 juta pengguna dijangka menggunakan laluan itu pada Isnin dan Selasa.

"Pengguna jalan raya boleh merancang jadual perjalanan dan mendapatkan maklumat terkini melalui talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik," katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata keadaan trafik di lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai-Timur masih lancar dan terkawal pada Isnin.

Ketua Polis Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad pula berkata, antara laluan yang ditutup sempena Thaipusam esok ialah Jalan Perusahaan, Bulatan Batu Caves dari arah Selayang dan Jalan Lingkaran Tengah Dua susur masuk ke Batu Caves.

Beliau berkata, keadaan trafik di kawasan berkenaan masih terkawal setakat ini.


Tags / Kata Kunci: PLUS , Thaipusam , Iskandar Zulkifli

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan