Sebahagian Daripada Langkawi Sky Bridge Dibuka Semula Pertengahan Februari

Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2015 11:24 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Langkawi Sky Bridge, salah satu tarikan pelancong yang terbesar di negara ini akan dibuka semula selepas ditutup selama 30 bulan untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Ahmad Maslan berkata kerja naik taraf dengan kos RM16.8 juta itu hampir siap.

"Sebahagian daripada jambatan itu akan dibuka kepada pengunjung pada pertengahan bulan ini," katanya, selepas melawat tapak projek itu di sini, Ahad.

Beliau berkata kerja-kerja yang dijalankan termasuklah mengukuhkan struktur Sky Bridge, dengan menaik taraf platform dan mengecat lapan menara.

"Kerja-kerja di atas platform dan jambatan sedang berjalan serentak, dan dijangka siap pada April."

Beliau berharap projek itu akan siap dalam masa yang ditetapkan untuk penganjuran Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 pada Mac.

Beliau berkata pekerja berdepan kesukaran apabila angin kuat dan cuaca buruk bagi mengangkat bahan-bahan untuk projek tersebut.

"Itulah yang menyebabkan kelewatan," katanya.

Beliau berkata stesen di bahagian atas akan dinaik taraf dengan pagar keluli tahan karat dan lantai konkrit untuk pelawat menikmati pemandangan panorama keseluruhan pulau itu.

Apabila projek itu telah selesai, jambatan 125 meter panjang, yang berada pada ketinggian kira-kira 700m di atas paras laut dan disokong oleh tiang tunggal di bahagian tengah akan mempunyai struktur utama keluli tahan karat, laluan kaca sepanjang 10m panjang dan 'inclinator'.

Sky Bridge yang terletak di puncak Gunung Mat Chinchang, mula dibuka kepada orang ramai pada Februari 2005.

Ia kemudiannya ditutup pada Julai 2012 untuk penyelenggaraan, tetapi pembukaan semula ditangguhkan beberapa kali, dilaporkan kerana kelewatan dalam mendapatkan dana dan perunding asing bagi menjalankan kerja-kerja.

The Sky Cab, yang menyediakan pautan udara dari Teluk Burau ke puncak Gunung Mat Chinchang, beroperasi seperti biasa dan pengunjung masih boleh naik ke puncak bukit dan menikmati pemandangan di satu lagi platform yang dibuka.

Sky Bridge juga digelar 'jambatan gantung paling menakutkan di dunia', seperti yang diundi di TripAdvisor.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan