Rakyat Perlu Guna Kuasa Sebagai Pengguna - Ismail Sabri

Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2015 6:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenyataannya berkaitan boikot peniaga Cina yang menjadi viral di laman sosial, sebenarnya bertujuan meminta rakyat menggunakan kuasa dan hak mereka sebagai pengguna bagi menekan peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, tindakan pemborong dan peniaga yang tidak menurunkan harga barang selepas penurunan harga minyak dilihat seolah-olah satu sabotaj untuk menaikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.

"Bagi saya pengguna tidak harus mengharapkan kepada kerajaan semata-mata untuk lindungi diri mereka dari kenaikan harga tapi perlu gunakan kuasa mereka sebagai pengguna untuk turunkan harga seperti boikot dan sebagainya.

"Pengguna majoriti manakala peniaga adalah minoriti...tentu kuasa majoriti mampu mengatasi suara minoriti," katanya dalam satu kenyataan menerusi WhatsApp, Isnin.

Katanya, kenyataan berkaitan boikot itu merupakan pandangan peribadinya dan bukan ditujukan kepada semua kaum Cina tetapi kepada semua pemborong dan peniaga yang masih tidak mahu menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah diturunkan.

"Tentang Melayu untuk boikot peniaga Cina itu saya respon kepada FB yang mana mereka marah-marah kepada peniaga-peniaga Cina yang degil tidak mahu turunkan harga.

"Jadi prinsipnya sama iaitu mereka majoriti dan gunakan kuasa majoriti dan tidak hanya merungut dan bercakap dalam FB semata-mata," katanya.

Dalam komennya di laman sosial itu semalam, Ismail Sabri dipetik sebagai berkata "Maaf saya beri pandangan...selain daripada KPDNKK yang patut gunakan akta kawalan harga  and  anti pencatutan untuk ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga tanpa sebab munasabah...kuasa yang terbesar ada pada pengguna.

"Majoriti pengguna adalah Melayu. Cina adalah minoriti. Kalau Melayu boikot perniagaan mereka, mereka tentu tiada pilihan untuk turunkan harga".

Tags / Kata Kunci: Ismail Sabri Yaakob , boikot , peniaga Cina

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan