Isu Pilihan Raya PBT Akan Dibawa Ke Mesyuarat PAS - Mat Sabu

Diterbitkan: Ahad, 1 Februari 2015 9:27 AM

Mohamad Sabu

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan yang diperjuangkan DAP akan dibincangkan dalam mesyuarat PAS pada masa akan datang, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau berkata selepas selesai dibincangkan di peringkat partinya, isu tersebut akan dibincangkan pula dalam pakatan pembangkang.

"Soal parti memberi pandangan masing-masing itu perkara biasa dalam parti politik," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran gabungan impian Kelantan bagi mengumpul sumbangan untuk membantu mangsa banjir di negeri ini, di sini, Sabtu malam.

Ketika ditanya tindakan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk berdebat berhubung isu pilihan raya PBT itu yang menjadi kemelut antara PAS dan DAP, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu cuba mengelak dengan berkata "Tak mahu komen apa-apa".

Akhbar sebelum ini melaporkan Mustafa mencabar Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, bersemuka berikutan dakwaan Lim bahawa beliau (Mustafa) tidak jujur dalam isu pelaksanaan pilihan raya PBT.

Tags / Kata Kunci: Mohamad Sabu , PAS , DAP , pilihan raya

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan