KPDNKK Perlu Cari Mekanisme Pastikan Peniaga Turunkan Harga Barang

Diterbitkan: Ahad, 1 Februari 2015 5:43 PM

Mas Ermieyati Samsudin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu mempunyai mekasnisme tertentu bagi memastikan peniaga turut menurunkan harga barangan berikutan penurunan harga petrol dan diesel ketika ini.

Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata kementerian itu boleh mengadakan perbincangan bersama peniaga bagi menurunkan harga barangan mereka selaras dengan penurunan harga petrol dan diesel itu.

"Peniaga Bumiputera seharusnya menghargai apa yang dilakukan oleh kerajaan dan untuk itu mereka sepatutnya turut melakukan perkara yang sama terhadap pengguna, bukannya terus mengaut keuntungan yang berlebihan,"katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Selain itu, beliau menyarankan supaya Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011 sekiranya peniaga tetap tidak mahu menurunkan harga barangan mereka.
 
Berkuat kuasa pada Ahad, harga runcit bagi petrol RON95 diturunkan 21 sen seliter kepada RM1.70 seliter manakala harga RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter kepada RM2 seliter.

Tags / Kata Kunci: Puteri Umno , KPDNKK , harga barang

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan