Sokongan Padu Komuniti Setempat Penentu Kejayaan Pendidikan Negara

Diterbitkan: Sabtu, 31 Januari 2015 7:35 PM

Najib Tun Razak beramah mesra dengan pelajar cemerlang ketika majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Sokongan padu dan sumbangan ibu bapa serta komuniti setempat menjadi faktor penentu kejayaan pendidikan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Perdana Menteri berkata perkara itu merupakan input yang penting untuk nilai kejayaan sesebuah sekolah dari segi pencapaian akedemik dan kokurikulum, sekaligus melahirkan modal insan bermutu tinggi.

"Kalau kita anggap pendidikan adalah bidang strategik negara, kita perlu menerima hakikat bahawa murid-murid dan remaja adalah aset penting negara yang boleh menjana kekayaan negara.

"Malah ia merupakan faktor pengeluaran yang lebih besar nilainya dari hasil bumi, maka segala tumpuan perlu ditumpukan kepada bidang pendidikan negara.

"Ia perlu digembleng secara kolektif, komprehensif dan melang kaui peringkat nasional," katanya pada majlis penyampaian hadiah kecemerlangan UPSR 2014 Parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah pada Sabtu.

Majlis turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang Datuk IshakMuhamad. 

Najib berkata jika menggunakan penanda aras di negara maju, rakyat di Malaysia akan dapat melihat peranan ibu bapa dan komuniti di negara berkenaan sangat menyerlah dalam memastikan anak-anak mereka mendapat pembelajaran di institusi pendidikan terbaik. 

Katanya sebagai contoh, di negara maju seperti Amerika Syarikat, peranan ibubapa sangat menyerlah apabila mereka yang kaya bukan mewariskan harta kepada anak atau isteri mereka.

"Sebaliknya mereka bermurah hati mewakafkan harta mereka di institusi pendidikan seperti Harvard University dan Massachusetts Institute of Technology untuk melihat institusi itu lebih maju," katanya.

Perdana Menteri berkata di peringkat biasa, ibu bapa atau tokoh korporat di Barat yang tidak mampu untuk menjadi dermawan dilihat mengetepikan urusan lain untuk menghantar anak-anak mereka bermain sukan American Football.

Mereka sanggup menunggu sehingga tamat masa permainan semata-mata untukpencapaian kokurikulum anak-anak dan institusi yang diwakili, katanya.

"Jika anak mereka perlukan alatan seperti Ipad dan komputer, mereka jugatidak keberatan untuk beli alatan itu yang dianggap boleh merangsang anak mereka berfikir serta menerima maklumat terkini dan ini merupakan penanda aras yang baik. 

"Jadi bukan semua benda di Barat itu buruk, ada benda boleh jadi ikutan dan komitmen mereka ini jadikan insitusi seperti Harvard dan MIT ini dikagumi diseluruh negara," kata Najib.

Sehubungan itu, beliau menyeru ibu bapa di negara ini supaya mengambil contoh berkenaan dengan menyertai sekurang-kurangnya mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau aktiviti lain sebagai sokongan kepada sekolah tempat anak mereka belajar.

Beliau berkata cara itu juga akan menunjukkan ibu bapa lebih prihatin terhadap perkembangan anak-anak, yang akan membesar dengan kasih sayang serta menjadi manusia berjaya, sekali gus menjana pendapatan besar suatu hari nanti.

Pada majlis itu Najib menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 271 murid dari 18 buah sekolah dalam Parlimen Pekan yang mendapat keputusan 5A pada UPSR 2014.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan