Samy Vellu Sedia Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut MIC

Diterbitkan: Sabtu, 31 Januari 2015 8:29 AM

Samy Vellu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu bersedia untuk menjadi 'orang tengah' bagi membantu menyelesaikan kemelut yang melanda parti itu sejak Disember lepas. 

Samy Vellu, yang kini Duta Khas Infrastruktur negara ke India dan Asia Selatan, berkata beliau hanya akan bertindak demikian jika diminta oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi Barisan Nasional.

Beliau berkata sebagai hanya anggota biasa MIC, adalah kurang sesuai untuk dirinya mengulas lanjut mengenai konflik yang melanda parti itu. 

"Sebagai bekas presiden kalau saya cakap pasal mereka ia akan menjadi isu besar, jadi berdiam diri lebih baik, biar mereka uruskan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Pengajian Tamil ke-9 oleh Najib di Universiti Malaya pada Jumaat.

Persidangan empat hari bermula semalam itu dirasmikan oleh Najib, telah  menghimpunkan sarjana dan pakar bahasa dan sastera Tamil untuk berkongsi pendapat bagi memperkasakan bahasa tersebut.

Samy vellu berkata biarlah Perdana Menteri meneliti masalah MIC.

"Dan jika beliau kata "Samy Vellu panggil (pemimpin) parti dan bincangkan, dengan itu baru saya boleh bincangkan,"

Beliau yang juga berharap dengan campur tangan Perdana Menteri, ia dapat menyelesaikan kemelut parti itu, dan seterusnya menyelamatkan anggota parti yang memperjuangkan nasib kaum India itu daripada berpecah-belah. 

Samy Vellu yang menerajui MIC selama 31 tahun sejak 1981 turut menasihatkan barisan kepimpinan parti itu supaya sentiasa memberi keutamaan kepada parti dan komuniti masyarakat India melebihi kepentingan diri sendiri.

Perbezaan pendapat timbul dalam MIC selepas Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada 5 Disember lepas mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan Naib Presiden dan 23 kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat dalam tempoh 90 hari.

Arahan itu susulan dakwaan wujud perkara yang melanggar peraturan dalam pemilihan pada mesyuarat agung MIC ke-68 di Melaka pada 30 November 2013.

Menyentuh mengenai persidangan itu, Samy Vellu yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur berkata persidangan tersebut dijangka dapat memberi impak positif terhadap perkembangan bahasa dan sastera Tamil di negara ini dan seluruh dunia.

"Dengan sokongan Perdana Menteri tunjukkan hari ini, saya yakin persidangan ini bakal memberi nafas baharu kepada sekolah-sekolah dan pelajar Tamil di Malaysia," katanya.
Tags / Kata Kunci: Samy Vellu , MIC

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan