Presiden MIC Jelajah Ke Seluruh Negara Temui Anggota - Berita Semasa | mStar

Presiden MIC Jelajah Ke Seluruh Negara Temui Anggota

Diterbitkan: Sabtu, 31 Januari 2015 7:42 PM

G. Palanivel

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel bercadang untuk menemui pengerusi cawangan parti di seluruh negara untuk memberi penerangan tentang masalah parti yang dibangkitkan sejak Disember. 

Menurut naib presiden parti Datuk S. Balakrishnan, jelajah itu dijadual bermula Ahad di Johor dengan Palanivel menemui pengerusi cawangan dan anggota-anggota bahagian negeri. 

"Presiden membuat keputusan untuk menemui semua pengerusi cawangan untuk memberi taklimat mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Palanivel tidak akanturun padang untuk menyerang sesiapa. Tiada Pemuda, Wanita (sayap) dan samseng. Kami hanya akan menemui pengerusi cawangan.

"Beliau (Palanivel) akan mendapat maklum balas daripada peringkat bawahan dan akar umbi," kata beliau pada sidang media di sini, Sabtu.

Balakrishnan berkata timbalan presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam, dan tiga naib presiden Datuk S. Sothinathan, Datuk M. Saravanan dan beliau sendiri akan menyertai lawatan itu.

Sementara itu, Balakrishnan menegaskan bahawa jelajah itu tidak bertentangan dengan moratorium yang diarahkan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak. 

"Presiden hanya akan menemui pengerusi dan memberi penerangan yang jelas tentang apa yang berlaku. Sebagai presiden yang dipilih, beliau mempunyai hak untuk menemui anggota parti pada bila-bila masa (yang beliau mahu)," kata Balakrishnan yang juga pengerusi MIC Johor. 

Pada 5 Disember, Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula jawatan tiga naib presiden dan 23 jawatan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam tempoh 90 hari, berikutan aduan tentang salah guna kuasa dan salah laku semasa pemilihan, yang melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan.

ROS juga menasihati MIC tidak mengadakan perhimpunan agung parti sehingga isu itu diselesaikan.

Pada Jumaat, Najib berkata beliau dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mencari formula terbaik dalam usaha menyelesaikan kemelut yang melanda MIC, satu daripada parti komponen BN.-BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MIC , ROS
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan