Pengisytiharan MH370 Satu Kemalangan Mengikut Ketetapan ICAO - Liow

Diterbitkan: Sabtu, 31 Januari 2015 7:48 AM

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengisytiharan rasmi bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 sebagai satu kemalangan dibuat berdasarkan ketetapan dan definisi yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurutnya, hakikat bahawa pesawat Boeing 777 itu tidak mendarat di mana-mana lapangan terbang selepas berlepas dan tidak sampai ke destinasi dituju dan misi mencari pesawat itu tidak mencapai matlamatnya, menjadi antara faktor insiden itu dianggap sebagai satu kemalangan.

"Dengan itu apa yang berlaku kepada MH370 boleh dinyatakan sebagai kemalangan mengikut ketetapan ICAO. 

"Kita tak reka ayat tersebut (kemalangan) sesuka hati," katanya dalam satu program yang disiarkan RTM1 malam Jumaat.

Liow menegaskan bahawa kerajaan begitu berhati-hati dalam penggunaan perkataan "kemalangan" atau "insiden" yang mana apa yang berlaku kepada MH370 disifatkan sebagai kemalangan.

Pada Khamis, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam satu pengumuman khas mengisytiharkan penerbangan MH370 sebagai satu kemalangan dan semua penumpang dan anak kapalnya dianggap telah terkorban.

Pesawat yang menuju ke Beijing itu hilang daripada imbasan radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014.

Liow seterusnya berkata misi pencarian pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ketika ia hilang itu, akan diteruskan dan sekali gus mendapatkan jawapan berhubung punca kemalangan berkenaan. 

Katanya penentuan punca kemalangan itu akan membantu meningkatkan kemampuan sistem radar dan kapasiti kotak hitam dalam sesuatu penerbangan.

Selain itu, Liow menarik perhatian bahawa pengisytiharan itu dibuat dengan mengambil kira kepentingan keluarga dan waris penumpang dan anak kapal MH370.

"Kita tidak buat sesuatu untuk (sengaja) menyedihkan hati mereka. Adalah tidak benar kita tidak berhubung atau berbincang dengan NOK (waris)," katanya.

Menyentuh soal pampasan kepada waris dan keluarga mangsa, katanya Malaysia Airlines perlu mematuhi apa-apa undang-undang berkaitan.

Namun beliau berkata walaupun pampasan ditawarkan, terpulang kepada waris dan keluarga untuk membuat keputusan mengenainya.

"Kita tidak memaksa anggota keluarga untuk menerima pampasan yang ditawarkan," katanya sambil menambah perbincangan boleh dilakukan dengan pihak Malaysia Airlines dalam soal pampasan.

Tags / Kata Kunci: Liow Tiong Lai , MH370 , ICAO

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan