Lukisan Agong Oleh Vincent Adalah Penghinaan - Ahli Akademik

Diterbitkan: Sabtu, 31 Januari 2015 10:25 PM

Tiga lukisan Vincent Leong yang mempamerkan sisi belakang.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga lukisan oleh pelukis tempatan Vincent Leong yang mempamerkan sisi belakang Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong dan Perdana Menteri dalam pameran di Singapura bulan lepas, secara amalan dan budaya adalah penghinaan, kata Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz.


Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu berkata: "Dari segi budaya, memang betul ia menghina. Tetapi dari segi perundangan, memang susah untuk dibuktikan ia penghinaan.

"Tetapi daripada pandangan rakyat, ia tidak patut berlaku dan juga tidak boleh diterima dengan melihat bahagian belakang tersebut. Sebagai rakyat, soalan besar, kenapa wajah depan tidak tertera. Pelbagai tafsiran boleh dibuat," katanya ketika diminta mengulas perkara itu.

Beliau ditemui selepas memberi syarahan bertajuk 'Setakat mana Perlembagaan melindungi kedudukan Raja dan masa depan bangsa Melayu' pada siri ceramah Persatuan Sejarah Melayu di Wisma Sejarah di sini pada Sabtu.

Lukisan itu dipamerkan di pameran seni Art Stage Singapore 2015 pada 22hingga 25 Jan lepas di Pusat Konvensyen dan Ekspo Marina Bay Sands, Singapura.

Karya Leong itu didakwa oleh pelbagai pihak bukan sahaja menghina institusi diraja malah dilihat bermotif menjatuhkan agama Islam. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Vincent Leong

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan