Krisis MIC Tidak Jejas BN Perak - Dr Zamry

Diterbitkan: Sabtu, 31 Januari 2015 7:25 PM

Dr Zambry Abdul Kadir

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kemelut dalaman parti MIC serta pelantikan Tan Sri M. Ramasamy sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MIC Negeri tidak menjejaskan Barisan Nasional (BN) negeri Perak, kata Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata pelantikan Ramasamy sebagai ketua MIC Perak bagi menggantikan Datuk Seri G. Palanivel, yang juga Presiden MIC, merupakan keputusan parti itu.

Menteri Besar Perak itu berkata setiap parti politik mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan setiap permasalahan yang wujud ada jalan penyelesaiannya.

"Setiap kelemahan itu perlu diperincikan dan dicari jalan penyelesaiannya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan sesi pembentangan gerak kerja BN bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di Bangunan UMNO Perak pada Sabtu.

Beliau berkata sesi pembentangan itu membincangkan perancangan BN negeri dalam usaha memperkukuh kedudukan serta memperbaiki kelemahan dan kekurangan dalam setiap parti komponen peringkat negeri sebelum menghadapi PRU14. 

Katanya setiap parti komponen perlu memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada masyarakat bagi mencapai kejayaan BN yang lebih baik dalam PRU14 akan datang.

Kemelut MIC bermula pada 5 Disember lepas apabila Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan anggota CWC dalam tempoh 90 hari.

Ia berikutan aduan mengenai penyalahgunaan kuasa dan perbuatan salah lakuyang melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan pada pemilihan Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada November 2013.

RoS turut menasihatkan MIC supaya tidak mengadakan perhimpunan agung tahunan sehingga isu itu diselesaikan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan