Kerajaan Filipina, MILF Komited Wujudkan Keamanan Di Mindanao

Diterbitkan: Sabtu, 31 Januari 2015 4:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Di sebalik pertempuran yng meragut nyawa 44 anggota pasukan keselamatan kerajaan dan 20 anggota Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Mamasapano Town Ahad lepas, Kerajaan Filipina dan MILF mengulangi komitmen mereka untuk memulihkan keamanan yang sejak sekian lama menjauhi Mindanao.

Sejak tiga hari lepas, kedua-dua pihak mengadakan Mesyuarat Khas Panel di sini bagi menegaskan kesungguhan dan komitmen mereka untuk mencapai objektif proses perdamaian.Mereka memuktamadkan dan menandatangani Protokol mengenai Pelaksanaan Terma Rujukan Badan Penyahtauliahan Bebas (IDB) di hadapan Pemudah Cara Malaysia Tengku Datuk Ab Ghaffar Tengku Mohamed dan pengerusi IDB, Haydar Berk.

Pengerusi Panel Kerajaan Filipina Prof Miriam Coronel Ferrer berkata kerajaan Filipina mengambil segala daya usaha untuk meneruskan langkah ke arah mencapai perdamaian dengan "saudara" mereka di Mindanao.

Katanya mereka akan meneruskan proses mencapai keamanan secara aman dengan "saudara" mereka dalam MILF seperti yang ditetapkan dalam rundingan mereka sebelum ini dan kini dalam pelaksanaan Perjanjian Komprehensif Mengenai Bangsa Moro.

"Sebagai sebahagian daripada usaha untuk membina keyakinan, Panel Kerajaan Filipina dan MILF bersetuju melaksanakan beberapa langkah. Kami akan memulakan persiapan ke arah itu dengan bantuan IDB dan mekanisme keselamatan kami mengenai penyerahan kumpulan pertama senjata MILF.

"Upacara penuh bererti ini menjadi isyarat bermulanya proses penyahtauliahan.

"Sebenarnya, pada 22 Jan lepas (tiga hari sebelum berlaku kejadian sedih di Mamasapano), Pengerusi MILF Ebrhaim Murad secara peribadi menyerahkan senarai 75 senjata (20 senjata kendalian kru, 55 senjata berkuasa tinggi), termasuk jenis dan nombor sirinya kepada IDB," kata beliau pada sidang akhbar di sebuah hotel di Seri Kembangan di sini, Sabtu.

Sebanyak 44 wira pasukan Tindakan Khas (SAF), hampir 20 anggota MILF dan  anggota Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) yang tidak dinyatakan jumlahnya, maut dalam pertempuran sengit itu.

Media Filipina melaporkan seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai Zulkifli Hir alias Marwan terbunuh apabila anggota komando terbabit cuba menangkapnya - antara "orang paling dikehendaki" kerana terlibat dengan kegiatan pengganas - dalam pertempuran selama 11 jam di Mamasapano Town yang dikuasai MILF pada pagi Ahad.

Ferrer berkata senarai kumpulan pertama 145 anggota MILF yang akan dinyahtauliah, akan diserah kepada IDB minggu ini dan sebagai balasan, Kerajaan Filipina akan menyediakan pakej sosioekonomi yang akan diberi kepada pejuang itu.

"Ini bertujuan memudahkan mereka menjalani kehidupan secara produktif, sebagai orang awam dalam masyarakat masing-masing. Upacara penyerahan ini akan diadakan bulan depan.

"Maklumat terperinci mengenainya akan diberi sepanjang proses kami melakukannya, tapi perlu dimaklumkan bahawa langkah serius akan diambil untuk menjamin keselamatan semua pihak yang terlibat.

"Kami telah mencapai banyak kejayaan besar sebelum ini dan pada waktu yang sama, menghadapi banyak rintangan. Kami harap peta hala tuju ini akan berjaya dan kami percaya ini merupakan peta hala tuju paling berkesan. Kami tidak mahu kembali ke era 1970-an, kami tidak mahu kembali kepada keadaan pada 1970-an (ketika wujud konfrontasi antara gerila dan Kerajaan Filipina)," katanya.

Sementara itu, pengerusi Panel MILF Mohagher Iqbal berkata pihak yang terlibat bersetuju untuk memperbaharui mandat Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) setahun lagi iaitu dari Mac tahun ini hingga Mac tahun depan.

"Tiada halangan dalam perjalanan ini yang boleh menyekat usaha kami untuk mengembalikan keamanan di Mindanao. Insya-Allah, kami akan berjaya.

"Sepanjang dua hari terakhir mesyuarat di sini (29 dan 30 Jan), kami mengemukakan beberapa idea bernas. Penyahtauliahan bukan sahaja merupakan isu yang menyentuh emosi...tetapi juga suatu pengorbanan besar. Di samping itu, ia juga suatu isu sensitif, hampir suatu perkara yang dilarang untuk dibincangkan," katanya.

Bercakap kepada Bernama selepas sidang akhbar itu, Tengku Ab Ghaffar berkata walaupun tercetus pertempuran sengit Ahad lepas, Kerajaan Filipina dan MILF amat komited untuk menjayakan proses damai dan bersedia mengatasi sebarang rintangan ke arah mencapai matlamat mereka.

Tags / Kata Kunci: MILF , Filipina

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan