CBP: 2 Juta Buku Panduan Harga Pengguna Diedar Mulai Sabtu

Diterbitkan: Sabtu, 31 Januari 2015 5:58 PM

Alias Ahmad (tengah) bersama Ikmal Hisham Abdul Aziz (kanan), meneliti buku Panduan Harga Pengguna selepas Program Mesra KPDNKK bersama penduduk Kampung Kuala Tiga pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

TANAH MERAH: Sebanyak dua juta naskah Buku Panduan Harga Pengguna melibatkan 500 jenis barangan selepas sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) dilaksanakan 1 April ini, mula diedarkan di seluruh negara bermula Sabtu.

Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata bukan panduan berkenaan itu menyenaraikan harga barangan sebelum dan selepas CBP diperkenalkan.

"Data harga adalah berdasarkan harga purata bulan November tahun lepas, purata harga itu kita jadikan asas panduan," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra KPDNKK bersama-sama Penduduk Kampung Kuala Tiga di sini,Sabtu.

Beliau berkata buku panduan itu akan diedarkan di seluruh negara mengikut Zon Utara, Tengah, Timur, Selatan, Sabah dan Zon Sarawak dan orang ramai juga boleh memndapatkannya menerusi laman web KPDNKK.

"Buku panduan ini adalah untuk panduan harga barang sehingga Jun tahun ini dan kita akan kemaskini kemudian dalam laman web rasmi KPDNKK," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Alias berkata walaupun kesedaran pengguna mengenai pelaksanaan sistem CBP semakin meningkat namun kementeriannya menjangka bilangan aduan daripada orang ramai berhubung harga barangan selepas CBP akan turut meningkat.

"Misalnya, negara Australia yang melaksanakan CBP pada tahun 2000 dan enam bulan pertama terdapat 68,000 aduan dilaporkan," katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 230 penduduk yang terjejas akibat banjir dikampung berkenaan bulan lepas menerima bantuan berupa bekalan makanan daripada KPDNKK.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah KPDNKK Kelantan, Ab Ghani Harun dan Anggota Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisyam Abdul Aziz. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: CBP

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan