Umno Terima 4,995 Permohonan Keahlian Secara Online

Diterbitkan: Jumaat, 30 Januari 2015 8:30 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga kiri) berbual bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua kiri) sebelum mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tertinggi (MT) Umno di Menara Dato' Onn pada Jumaat. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) dan Menteri Kewangan II yang juga anggota MT UMNO, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (dua kanan). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas sebulan sistem pendaftaran keahlian secara dalam talian dilancarkan, Umno menerima seramai 4,995 permohonan baharu untuk menyertai parti itu.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 2,993 permohonan lengkap berjaya diproses dan diserap ke dalam cawangan mengikut alamat pemohon.

Bagaimanapun Perdana Menteri berkata, baki 2,002 permohonan lagi yang berstatus tidak lengkap akan dipadankan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara untuk diproses.

"Pada umumnya kita boleh katakan sambutan terhadap keahlian umno secara online adalah baik dan positif, kita harap ianya akan terus meningkat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn pada Jumaat.

Pada 18 Disember tahun lalu, Najib melancarkan sistem pendaftaran keahlian Umno secara dalam talian selaras dengan ketetapan untuk meremajakan parti yang diputuskan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014.

Langkah itu selaras dengan hasrat mentransformasi dan meremajakan Umno supaya ia dilihat sebagai parti yang segar, dinamik, progresif dan mengamalkan keterbukaan.

Sementara itu Najib berkata, persidangan cawangan Umno tahun ini akan berlangsung dari 13 Mac hingga 2 Mei, manakala Mesyuarat Perwakilan Bahagian pada 27 Julai hingga 31 Ogos.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Mad Nadzari Ahmad Dahlan dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.

Tags / Kata Kunci: Umno , Pendaftaran Online

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan