Kanak-Kanak Gembira Dapat Tangan Bionik

Diterbitkan: Jumaat, 30 Januari 2015 3:47 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Selepas lapan tahun hanya menggunakan sebelah tangan, seorang kanak-kanak lelaki dari Sungai Nibong Kecil dekat sini, pada Jumaat merasa lega menerima tangan bionik.

Muhammad Muqri Mifzal Rhemi Rizal, 8, yang dilahirkan tanpa jari pada tangan kirinya menerima tangan tersebut daripada seorang pereka tangan berkenaan, Sujana Mohd Rejab.

Memberitahu pemberita, kanak-kanak itu yang begitu teruja dengan tangan baharunya itu berkata dia tidak sabar untuk ke sekolah bagi menunjukkan tangan itu kepada kawan-kawannya.

"Saya sudah dapat tangan baharu. Lepas ini boleh main bola dengan kawan-kawan. Saya nak tunjuk dekat kawan, saya dah ada tangan baharu," katanya.

Bapanya, Rhemi Rizal Mohd Azmi berkata anak keempatnya itu tidak mempunyai jari sejak lahir.

"Selepas dia lahir, doktor memaklumkan anak saya ada masalah tangan. Pada mulanya sukar untuk kami terima perkhabaran ini. Namun dengan sokongan keluarga, kami mampu mengatasinya," katanya.

Rhemi Rizal berkata pada masa itu beliau sering memikirkan bagaimana keadaan anaknya apabila besar kelak tanpa dapat menggunakan kedua-dua belah tangan.

"Muhammad Muqri pernah bertanya mengapa tangannya berbeza daripada tangan abang-abangnya. Di sekolah dia turut diejek rakan-rakannya.

"Namun lama kelamaan, dia sudah biasa dan boleh terima keadaan itu," katanya.

Sementara itu Sujana berkata beliau menghasilkan tangan bionik kerana bersimpati dengan kanak-kanak seperti Muhaamad Muqri yang tidak mempunyai tangan sempurna.

"Berdasarkan pemerhatian saya, anak-anak begini selalunya akan duduk bersendirian tanpa mahu berkawan. Dari situ saya mula berfikir tentang idea untuk mengembalikan keyakinan anak-anak istimewa ini," katanya yang juga bekas guru.

Beliau berkata beliau menghasilkan tangan bionik dengan kos kurang daripada  RM100 yang diperbuat daripada bahan plastik organik serta getah.

Tangan itu boleh disiapkan dalam tempoh 20 jam menggunakan mesin cetak 3D, katanya.

"Saya hanya perlu mendapatkan ukuran tapak tangan bagi mencetak tangan bionik untuk individu berkenaan," katanya dan menambah buat permulaan, pembuatan tangan itu hanya untuk kanak-kanak.

Sebelum ini Sujana pernah menghasilkan tangan bionik untuk seorang kanak-kanak lain.

Tags / Kata Kunci: Bionik , Tangan Bionik

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan